Pages

Monday, October 18, 2010

~BAGAIMANA NAK ULANGKAJI?



Salam sayang anak-anak dan teman-teman yang akan menghadapi peperiksaan.......

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
2-studying Pictures, Images and Photos
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SK SRI SKUDAI
26-29 OKTOBER 2010






Peperiksaan akhir tahun semakin hampir. Sudah selesai membuat ulangkaji?Di sini saya ingin berkongsi cara mengulangkaji dengan teknik yang betul…….

1 Membaca dan menyemak nota-nota pelajaran. Lengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.

2 Membaca buku teks/ buku nota/buku rujukan. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.

3 Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.

4 Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan yang lepas bersama guru. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.

5 Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.

6 Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir)

Agak sukar untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Ada pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang agak lemah dalam pelajaran, proses mengulangkaji pecutan akhir ini hendaklah dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.
Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.

Merancang Program Mengulangkaji

a) Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.

b) Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan soalan-soalan ramalan tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.

c) Semak contoh-contoh soalan yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.

d) Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.
Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.

e) Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

f) Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.

g) Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.

h) Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika minggu ulangkaji. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru.

Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji
Mata Pelajaran Yang Anda Lemah
Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.
Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.

Mata Pelajaran Yang Anda Kuat /Kuasai
Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda.
Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.

Menilai Keupayaan Anda
Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan
.
Semoga anda lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti.



Imanmysara

2 comments:

  1. agak2 berape jam nak ulangkaji dlm sehari???

    ReplyDelete
  2. tkasih sudi sggah....My Art
    Sek. Ren - 2-3 jam
    Sek.Men - 3-4 jam
    ini tak tmsuk masa buat kerja sekolah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails