Pages

Thursday, April 29, 2010

IMAN MYSARA ~ 1



Tanganku kemas memegang kotak pensel warna. Sesekali kepala menjengah bas sekolah yang sepatutnya datang. Bunyi suara kawan-kawan agak membingitkan telinga. Aku tidak ambil endah apa yang terjadi disekeliling.....siapa yang lalu lalang di hadapan aku juga aku tidak kisah. Aku mesti balik awal. Ada perkara yang ingin aku sampaikan kepada ibu. Rambut aku yang diikat dua oleh ibu pagi tadi sudah nampak agak kusut. Aku juga tidak peduli. Masih terbayang-bayang di mata ku pensel warna Sherina yang sangat besar dan kotaknya juga sangat cantik. Aku melihat kotak pensel warna aku ......sudah buruk...ada kesan koyak kerana basah terkena hujan. Pensel warna aku pendek dan hanya ada 12 batang. Aku dengar pensel warna Sherina dibeli oleh ayahnya semasa melancong ke luar negara tapi kata Aisyah pensel warna macam itu ada di jual di sini. Aku kira ada 72 batang semuanya. Cikgu Fauziah guru matematik kata 72 lagi banyak daripada 12. Aku nakkk....aku mesti minta ibu belikan. Lagipun minggu depan ada pertandingan mewarna. Aku suka mewarna.
Bunyi hon yang kuat mengejutkan aku....cepat-cepat aku mencapai beg dan terus meluru ke arah bas. Aku duduk dan kotak pensel warna aku genggam kemas. Hati aku sudah tak sabar. Tekak ku amat haus tapi tak apa lah aku perlu balik segera. Dalam bas aku tersenyum apabila membayangkan kotak pensel warna besar ada dalam beg aku.
Sampai di rumah aku terus melompat turun.....ibu....ibu......aku menjerit memanggil nama ibu. Senyap. Aku membuka kasut dan meletakkan beg di tepi dinding. Bau ikan masin kuat menusuk hidung. Ibu pasti di dapur memasak. Ibu tersenyum sambil tangannya laju membasuh pinggan. Aku nampak muka ibu seperti tidak sihat. Bau minyak angin menyengat apabila aku duduk berhampiran ibu. Aku terus menyatakan hasrat untuk memiliki pensel warna besar kepada ibu. Ibu hanya memandang wajahku....kosong dan senyumannya juga tidak semanis biasa. Sambil menggangguk kepala perlahan ibu bersetuju dengan permintaan aku. Wah......hati aku girang.Ibu kata dia akan siapkan tempahan baju hari ini untuk mendapatkan duit.
Sambil mandi aku menyanyi lagu Anak Itik Tok Wi yang di ajar oleh guru muzik tadi. Semasa berjalan ke arah bilik , aku nampak ibu duduk di atas katil sambil melumurkan minyak panas ke badannya. Muka ibu berkerut-kerut menahan sakit. Mulut aku ternganga...ibu sakit rupanya.Aku nampak ibu bangun perlahan-lahan mengambil bungkusan baju dan gunting. Ibu.......aku peluk ibu kuat-kuat.Airmata aku mengalir laju. Hingus yang keluar aku kesat dengan lengan baju. Ibu aku tak jadi lah nak beli pensel warna. Pensel warna aku yang lama masih boleh digunakan.
Pagi itu...aku masih menggenggam kotak pensel warna aku.......aku berazam aku akan warna cantik-cantik semasa pertandingan nanti. Mata aku merenung barisan pensel warna....pendek dan sedikit tetapi warna merah kalau panjang tetap warna merah.

oleh :

~ Iman Mysara~

Thursday, April 22, 2010

~Kalau Aku Guru Besar~


How Do You See Life - Click here for the funniest movie of the week
Salam.....bagaimana perasaan hari ini......marah, sedih, happy, stress...??? Itulah lumrah selagi kita bergelar manusia. Kadang-kadang semua perasaan yang hadir itu sebenarnya memberi banyak manfaat bagi manusia yang tahu berfikir mengapa perasaan itu hadir.
Topik hari ini yang saya ingin kongsi bersama ialah...kalaulah saya ini guru besar... Setakat ini tidak terlintas lagi di fikiran ini untuk menjadi guru besar. Mengapa ye...adakah saya takut, kurang berkeyakinan, belum sampai seru....Saya sendiri tidak pasti. Apa yang saya paling pasti ialah hati saya tidak terbuka ke jawatan itu. Untuk menjadi seorang guru besar bukan la mudah. Saya harus memastikan semua guru-guru dibawah saya menjalankan tugasan dengan sempurna. Saya kena pandai mengambil hati guru-guru agar menjalankan tugas bukan atas arahan saya tetapi naluri celik akal ingin melaksana tanggungjawab masing-masing. Saya harus pandai menilai mana guru yang ikhlas menjalankan tugas dan bukan hanya ingin menunjuk-nunjuk di depan saya.
Ini belum lagi apabila ada staff saya yang hard core....sering aje MC....malas masuk kelas, tak nak relief dan asyik komplen aje tanpa memberi idea untuk membantu meningkatkan sekolah. Bagaimana pula saya hendak menangani masalah murid. Disiplin murid harus saya pertingkatkan agar proses pembelajaran boleh berjalan lancar. Kecemerlangan akademik murid juga tidak boleh diabaikan. Itu adalah perkara utama yang harus saya titik beratkan. aduh pening juga la... Teori kepimpinan apa yang harus saya pakai. Adakah kepimpinan saya nanti berorientasikan tugasan atau persahabatan. Adakah saya hendak semua orang sukakan saya dan tugasan dan matlamat tidak dapat dilaksanakan. Atau saya pentingkan tugasan yang sempurna dan semua orang menjauhkan diri dari saya.
Sepanjang pengalaman saya bekerja di bawah beberapa guru besar, guru besar saya sekarang banyak membuat saya berfikir. Mampukah saya menjalankan tugas seperti dia? Bukan tidak pernah dimarah yang kadang kala mengusik jiwa lalu sedih tetapi saya sering muhasabah diri dan berfikir sejenak.....kalau aku guru besar......dengan beban tugasan yang banyak, sebagai manusia biasa ....aku mungkin bertindak seperti itu juga. Wassalam.

Guru Besar memberi motivasi dan taklimat kepada semua calon UPSR 2010

Murid-murid mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar

Monday, April 12, 2010

MAC 2010 ~ SKPM -KERJA CIKGU KERJA.....

Salam....kerja datang lagi. Otak aku memang sentiasa dilatih agar bersedia untuk kerja tetapi apabila kerja datang mencurah-curah menyebabkan situasi menjadi agak kelam kabut. Sebenarnya apa yang perlu dibuat telah pun dibuat, cuma nak murnikan mengikut format yang telah ditetapkan.Buat teman-teman guru, bersabarlah. Jalankan apa yang diarahkan, dengan nawaitu kerja kerana Allah....insyaallah segala yang susah akan menjadi senang dan berat akan menjadi ringan. Rakan-rakan.....saya percaya kalian mampu menyelesaikan tugasan ini dengan baik.....~ smile~

GPK KOKO sedang memberi taklimat kepada semua ketua unit.....mesti siap tau...

Kerja banyak kami tetap happy......~ senyum~

GPK HEM menerangkan apa yang perlu dibuat......cepat cikgu ye...

Saling membantu .....itu yang penting ye ....

Kasihan GPK Kurikulum.....cikgu-cikgu banyak ni nak kene siap......

Duduk bersila di lantai pun boleh la.....janji kerja siap...

Apa ni nak buat....? Memerah otak memikirkan idea...

Walaupun sibuk dengan kerja kena sms dulu cik abang.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails