Pages

Tuesday, July 31, 2012

Bersedekah di Bulan Mulia

Assalamualaikum ...Salam sayang anak-anak dan teman-teman........sudah 12 hari kita berpuasa. Ketibaan Ramadan saban tahun, merupa kegembiraan bagi semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahunnya tak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan di bulan ini. Pahala diobral, ampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu. Seorang yang menyadari kurangnya bekal yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak, tak ada rasa kecuali sumringah menyambut Ramadhan. Insan yang menyadari betapa dosa melumuri dirinya, tidak ada rasa kecuali bahagia akan kedatangan bulan Ramadhan.

a) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.


b) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk menjemput fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa untuk berbuka puasa.
c) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diamalkan secara maksimum bukan sahaja di bulan Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
d) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
Aku pun tidak mahu ketinggalan bersedekah di bulan yang mulia ini. Tak kesah la juadah berbuka, pakaian untuk berhari raya dan juga wang ringgit. Kalau aku sedang bershopping atau ke bazar Ramadan dan ternampak warga emas yang masih berniaga.....aku akan beli barang jualannya walaupun kadang kala kuih jualan nya bukan la antara favorite aku.
Saban tahun aku akan bershopping di Jalan TAR. Bukan apa seronok melihat lautan manusia dengan pelbagai karektor. Cikgu kaunselingkan kerjanya mengobserve manusia. So memang sangat la happening terutama seminggu lagi nak raya.Dan setiap tahun juga aku mengkaji seorang wanita yang mengutip derma atas nama badan kebajikan di situ.Setiap tahun dia ada....sebab setiap tahun aku bershopping kat sini....hehehehe....
So setiap tahun aku bersedekah kepadanya.Dengan manusia seramai ini, kalau sorang donate RM1.00...berapa dia berjaya kumpul dalam sehari.Lumayan tu.....Namun hasrat aku untuk bersedekah kepadanya terbatal pada tahun ini kerana pada tahun lepas sewaktu aku gila memilih baju-baju comel untuk anak-anak kat mall di sini.....wanita ini pun sama bershopping sakan...hati tertanya-tanya...tapi aku sedapkan hati....ahhh tak mungkin dia menipu dengan mengambil kesempatan di bulan Ramadhan.
Tapi bila bertemu semula dengan dia di lokasi sama hujung tahun lepas, masih mengutip derma tapi atas nama badan amal lain plak....Dengan rasa ingin tau,aku pun bertanya....akak masa bulan Ramadhan akak kutip untuk badan amal ini, skrg akak tolong badan amal yang lain pula ye....aku minta kepastian....Dia tengok muka ku....lalu cepat-cepat bergegas pergi...Akak ni jujur ke tak???Kalau tak, memang setiap kali Ramadhan dia lebih kaya dari aku....

Monday, July 23, 2012

Bijak Di Bulan Puasa!

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Ibarat roda yang terus berputar, tak terasa debu dan batu yang  mengotori dan mencalarnya. Begitulah perjalanan hidup kita, berbagai kesalahan telah kita lakukan. Maka di bulan yang suci dan penuh rahmat ini mari kita maksimumkan ibadah kita.Sudah 4 hari kita berpuasa.....murid-murid tahun 6 akan menghadapi trial exam hari ini. Good luck cikgu kaunseling ucapkan.
Semoga keberkatan di bulan mulia ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian untuk meraih kecemerlangan.Lupakan masalah sisi yang remeh....fokus untuk menjawab dengan jawapan terbaik.Sebenarnya kita lebih bijak di bulan puasa. Menurut Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, banyak manfaat yang boleh diperolehi di bulan puasa ini. Antaranya:-
1.Puasa memberikan kita lebih fokus.Apabila seorang pelajar itu menjaga puasanya bermakna dia tidak akan membuang masa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen, melayari internet, bersembang kosong, melepak dan sebagainya. Dengan mengurangkan gangguan-gangguan sebegini pelajar akan mudah untuk fokus kepada pelajarannya. Biasanya, apabila bulan puasa tiba,anak-anak lebih gemar berada di rumah berbanding di luar. Ini membolehkan mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru dan mengulangkaji pelajaran. Puasa juga memberikan kelebihan kepada fizikal dan mental seseorang dan ini meningkatkan kemampuan pelajar untuk memahami, mencerap, mengolah dan mengingat setiap apa yang dipelajari.
2.Puasa memberikan kita lebih masa.
Biasanya, dalam bulan Ramadan semua orang memulakan masanya lebih awal. Malah waktu persekolahan (sesi petang) juga dipendekkan dengan pelajar-pelajar dibenarkan pulang lebih awal dari biasa. Tambahan pula pelajar tidak perlu bergegas ke kantin untuk makan waktu rehat. Ini memberikan lebihan masa kepada para pelajar dan jika pelajar bijak memanfaat dan mengurus masanya maka dia akan mempunyai banyak masa bagi mengulangkaji pelajarannya. Kelebihan seperti ini tidak ada pada bulan-bulan biasa oleh itu manfaatkanlah Ramadan sebaik-baiknya.

3.Perut yang kenyang merangsang rasa malas dan mengantuk.
Pada bulan-bulan biasa pelajar cenderung untuk makan dengan banyak pada waktu tengahari dan mengantuk serta malas di waktu petang. Malah ramai juga pelajar yang mengantuk dan malas meskipun masih lagi berada diwaktu pagi. Perut yang kenyang adalah antara penyebab kepada masalah malas dan mengantuk ini. Dengan berpuasa, masalah ini dapat diatasi. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga. 

4.Bulan Ramadan memudahkan kita bangun awal.
Waktu belajar yang paling sesuai adalah di awal pagi. Oleh itu pelajar digalakkan untuk tidur awal dan bangun seawal jam 4.00 pagi. Apabila bangun, buatlah solat tahajud dan solat hajat kemudian mulalah menelaah pelajaran. Bangun di awal pagi memberikan pelajar beberapa kelebihan seperti suasana yang nyaman dan tenang, udara yang segar, tiada gangguan, badan yang segar setelah rehat dan minda yang lebih fokus. Oleh itu manfaatkanlah waktu bulan Ramadan ini sebaik-baiknya untuk belajar dan beribadah.

5.Doa orang berpuasa dimakbulkan.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." Dan dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". Jelas di sini kelebihan orang yang berpuasa iaitu doanya dimakbulkan oleh Allah. Oleh itu, pelajar mesti menggunakan bulan Ramadan ini sebaik-baiknya berdoa kepada Allah agar ditingkatkan kefahaman, dipermudahkan urusan, diterangkan hati dan diberikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Hak pelajar hanyalah berusaha sebaik mungkin tetapi keputusan sebenar tetap dalam ketentuan Allah. Berdoalah agar apa yang dibaca dan diulangkaji keluar dalam peperiksaan. Juga berdoalah agar diri mampu melakukan yang terbaik sewaktu dalam dewan peperiksaan.

6.Bulan Ramadan adanya Malam Lailatulqadar.
Kita semua sedia maklum yang dalam bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatulqadar. Inilah malan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap hamba Allah yang beriman. Oleh itu, sentiasalah bangun malam berqiamullail dan berharap agar bertemu dengan malah yang hebat ini agar permohonan kita diangkat ke langit dan dimakbulkan oleh Allah. Dengan izin Allah, maka pelajar mampu menjadi pelajar yang cemerlang dan tiada yang mustahil selagi ada kemahuan dan keyakinan.


Indah bukan....Cikgu kaunseling pun banyak nak belajar di bulan Ramadan ni.Jom!kita sama-sama bijak di bulan Ramadan.

Friday, July 20, 2012

Suasana Terasa.....Ramadan Tiba...

Assalamualaikum.....Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....melihat suasana langit petang yang sangat tenang.....bercampur pula tiupan angin yang luar biasa rasanya....Aku tahu Ramadan hampir tiba.
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua saudara seagamaku....terutama rakan-rakan fb, rakan-rakan SKSS, adik beradik, suami tersayang dan anak-anak comelku.
Semoga ibadah kita lebih sempurna tahun ini.Tengok pada signboard kat highway....tak sabar rasanya nak balik menyambut Ramadan bersama ibu tercinta di Kuantan....

Wednesday, July 18, 2012

Bisnes Cikgu Kaunseling.

Assalamualaikum. Salam sayang anak-anak dan teman-teman...Mari dekat-dekat, cikgu kaunseling nak cerita.Baru tadi selesai berkonferens dengan ibubapa....ni jap lagi nak kene pergi pasar dengan kawan baikku Jiha. Esok sekolah ada Hari Keusahawanan....cikgu kaunseling diberi tanggungjawab sebagai ketua gerai nasi dan mee.
Maknanya esok aku kene berniaga...
senarai barang aku
dah siapkan....
Setelah semua
sedia kami ke  pergi pasar...
wah!! best juga bila cikgu pergi pasar ni secara berkelompok...ramai le
makcik pakcik tanya...cikgu nak buat apa beli cili kering banyak2....penat juga le nak explain yang cikgu kaunseling ni kene masak...

Setelah mengagihkan kerja....
Jiha masak nasi lemak,
aku buat sambal kerang,
Wani incharge layan customer....sebab dia expert kerana ada pengalaman niaga kedai makan....aku dah pernah
try layan customer tapi dipecat kerana nak buka beg plastik
 pon fail....last-last customer yg tolong bukakan....bungkus nasi pun hancurrr...customer gak yg kene bungkus sendiri...so aku ditugaskan sebagai tukang masak...Mujur aku gemar memasak....so dok kat tepi dapur...ok aje.


Aku buat 10kg mee goreng basah.....memang makanan kami laris....tak sure le sebab sedap atau orang memang lapar.....melihat pada larisnya jualan...aku yakin untung besar bisness ni...tapi bila kira keuntungan....amat le ciput....mana silapnya ni.....mungkin kami jual murah....ye la aku cikgu kaunseling....Jiha n Wani ustazah....semuanya nilai humanistiknya tinggi.....kalau boleh semua nak bagi free je.....baik kan kamiii.....hehehehehe...Tak yah niaga le...Lagi seram bila ada sorang pakcik ala-ala chef Zubir dok makan kat gerai aku sambil memberi komen percuma.....Aku jadi cikgu kaunseling je la yek...

Tuesday, July 17, 2012

Mak...Ayah ...Kita jumpa lagi!

Assalamualaikum.Salam sayang anak-anak dan teman-teman..Jom le dengar lagi cerita cikgu kaunseling. Errrm ...hari ini ada lagi satu program konferens ibubapa....tapi kali ini bersama dengan ibubapa murid Halus... (Harapan Lulus). Ala..dah banyak kali tukar gelaran.....dulu Takplus (tak pernah lulus)/Galus (jap gagal jap lulus).Sekarang  tak mahu ibubapa dan murid-murid ni kecik hati tukar pada Halus...ada le harapan nak lulus. Baru semangat sikit kan...
Pagi-pagi lagi semua ibubapa hadir, masa pendaftaran...ada la sorang dua ibubapa minta excuse utk balik awal....melihat fizikal aku tau mereka perlu kerja kalau tak mau kene marah dengan boss.Ketara aku lihat wajah-wajah yang amat gusar mengenang nasib anak-anak mereka yang dikategorikan tidak berapa nak pandai....
Tangan aku sejukk....Slot Guru Besar berjalan lancar...lepas tu cikgu-cikgu subjek pula menganalisis faktor penyebab anak-anak tidak menguasai teknik menjawab soalan...Bila tiba giliran aku, tangan sudah jadi ais...bukan tak biasa berkata-kata dikhalayak tapi audiens aku kali ni.....ibubapa yang membawa harapan tinggi + anak-anak yang masih sederhana/lemah...UPSR dah hampir ni weeee.....
Aku tarik mic hampir ke mulut....sambil menarik nafas dalam-dalam....aku pun berkata... "Sebenarnya anak-anak kita bukan dilahirkan bodoh.....mungkin ada masalah di sana sini yang menyebabkan mereka jadi begitu....Saya berkata begitu kerana saya juga punya anak....sebagai ibu saya tidak akan berputus asa untuk berusaha membantu anak saya sehingga dapat kejayaan....kejayaan anak-anak begini sangat subjektif untuk diukur.."
Cewwwaaahhh.....tanpa skrip kata-kata itu keluar terus ikhlas dari hatiku.....Bilik yang senyap bertambah senyap....Sepi hanya bunyi desahan aircond.....ibubapa ralit menatap wajah aku..tanpa ada respond....Alamak...cikgu kaunseling ada tersalah cakap ke.....tangan yang sejuk....sudah makin mengeras jadi ais......tika ini ikhlas cikgu kaunseling memang rasa takut.. 

Sunday, July 15, 2012

Ayah dan Ibu.....itulah permulaan kami.

Assalamualaikum, salam sayang anak-anak dan teman-teman...Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.Minggu sibuk aku bermula.Eh..aku kerja pe ye...bila sibuk begini aku lupa aku kerja apa...Hari ini aku akan berkonferens bersama ibubapa murid cemerlang. Apa ekk.. aku nak bicara dengan parents kali ni.

Slot aku tak la lama sangat kerana program dimulakan dengan bicara hati guru besar kepada ibubapa. Seterusnya semua guru subjek melahirkan rasa hati...apa yang masih terkurang sana sini untuk mencapai 5A.
Suasana senyap bilik konferens....semua parents memandang tepat ke arah muka aku...menyebabkan aku malu dan gabra.Baju and tudung aku ok tak...kemas tak...matching tak..Aduss!! tak payah nak beria le cikgu kaunseling. 

Aku dengan yakin cuba menyampaikan apa permasalahan yang aku terima daripada murid-murid ini....kongsi bersama agar aku dan semua parents yang hadir dapat sama-sama mengaplikasikan kepada anak-anak.Apabila majlis selesai, semua parents dijemput menikmati jamuan ringan.
Masa makan, ramai parents yang mengambil kesempatan untuk berjumpa cikgu dan aku secara personel....Linangan airmata mereka semasa menceritakan permasalahan menyebabkan aku insaf.Bersabar ye mak and ayah....bak kata Nash penyanyi yg suara best tu....."tuhan sengaja menduga kita....dimana kesabaran manusia...Insyaallah....kita sebagai ibubapa tentu akan berusaha apa sahaja untuk anak-anak...Mak....i miss u. Thanks sebab didik aku sehingga aku jadi cikgu kaunseling....

Itu Majalah Lucah!

Assalamualaikum, salam sayang anak-anak dan teman-teman....Orang yang membaca sebuah buku yang dalam maknanya, lebih besar faedahnya daripada membaca 50 buah buku cerita yang tidak bermakna. Pagi ini sangat cerah....aku memulakan tugas seperti biasa. Buka bilik kesayanganku.....sapu carpet....sediakan aromaterapi...sebab sekejap lagi mesti ada klien, kalau tak pon menyambut kawan-kawan transit sementara tunggu loceng masuk kelas.
Ehh....nape plak aku baca magazine ni...??Aaron Aziz tu...
Sedang sibuk menulis report untuk session tiba-tiba aku didatangi oleh 3 orang murid. Cikgu saya ada perkara rahsia nak bagitau cikgu. Ok...aku menyediakan borang-borang yang perlu diisi bagi mengumpul maklumat.Cikgu....ada murid bawa majalah lucah dalam kelas cikgu... Hahh!! majalah lucah....siapa??...Aku begitu bersungguh-sungguh mengumpul maklumat.....Awak tengok tak majalah tu?...Tengok cikgu....ada gambar perempuan tak pakai baju......Hohohoi..ni tak boleh jadi....budak kecik pon dah pandai nak tengok majalah cam tu... Awak pergi ambil majalah tu....bawa sini....ehhh! jangan salah sangka bukan cikgu nak baca...cikgu nak tengok bukti.Setelah 10 minit, murid yang keluar untuk ambil majalah kembali ke bilik aku...Cikgu ....majalah tu dah takde...Aku jadi sangat susah hati....jangan la ada kes macam ni kat sekolah rendah... Aku pon bertanya kepada 3 murid yang membuat aduan....Awak ingat tak nama majalah tu.... Ingat tak ?? Aku genggam pen kuat-kuat....ye la...nak tulis nama majalah lucah kan....malu pon ada.....Ermmmmm.....mereka berfikir sejenak.....tetiba seorang daripada mereka ingat....Haa... nama majalah tu AVON....
Aku renung muka 3 ABDUL ni.....owww....katalog AVON ye..... HaHaHaHaHa...... Lepas mereka keluar dari bilik aku pon jerit........Mak!!!! saya nak order barang Avon boleh tak!!!Mak tolong la anakmu ini................Pagi yang tadi cerah tetiba aku rasa nak hujan + angin bertiup sangatlah kencang....Huh!Ngapa aku rasa sangatttt letih hari ni.....

Monday, July 2, 2012

Bila Semua Berwarna BIRU!

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......Orang-orang yang paling bahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dalam setiap hal yang hadir dalam hidupnya...Hohohoho.......Hooreeyyyy!! Cikgu kaunseling nak bersorak hari ini....
Piala Biru.....
Biru menang semua kategori....Khemah Tercantik....Biru.Perbarisan Terbaik....Biru.Johan Sukantara...Biru.Johan Keseluruhan....pon Biru.
Kaunselor ditugaskan utk mendesign layout khemah......
Penggunaan peralatan sukan utk deco khemah....

Masa pengacara umum....kedengaran suara....hah!!!...bagi semua le kat rumah Biru.....Ada wajah yang tumpang gembira atas kejayaan kami....ada yang tergambar ketidakpuasan hati bila biru banyak menang dalam acara.Kami cikgu-cikgu rumah Biru memang cukup bersyukur. Penat lelah usaha selama ini membuahkan hasil.....
Bila melihat anakku berlari...terkenang nostalgia semasa aku berlari dulu
Aku yang duduk ditepi padang sebagai urusetia tak dapat menahan rasa......terlompat-lompat bersorak apabila banyak acara balapan peserta Biru meluncur laju...termasuk la my little girl....

Dalam keriuhan sorakan meraikan kegemilangan Biru....sempat lagi aku berangan diinterview oleh pemberita....Apakah rahsia ye, cikgu gunakan untuk mencapai kejayaan hampir keseluruhan acara pada hari ini? Aku dengan konfiden menjawab.Owww....apa yang boleh saya katakan ialah kita akan ambil pendekatan mencari lebih 0.1 dari pasukan lain...Selain itu percaturan dalam setiap kerja dan acara sangat penting...Klik...klik...klik...photographer amik gambar.....Ya! Allah berangan sungguh aku ni.Hahahaa.....Hai kaunselor dengar sini....sebenarnya kaunselor tak boleh ada rumah sukan....mana adil....pepagi dah bagi motivasi free pada peserta rumah sendiri...patut la semua peserta Biru bersemangat... Ohhh!..Ye ke! Bukan usaha mereka dan semua cikgu Biru ke?Kaunselor tolong sikit aje..... :)Rehat la sekejap...sambil dengar sebuah lagu lama....tajuk..Bila Bulan Berwarna Biru...Tolong jangan menyampah k...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails