Pages

Thursday, June 21, 2012

Program Makan Durian....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......kalau kita ingin berkawan, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin bila ada satu keburukan kita akan membencinya.Dalam bulan ini, cikgu-cikgu banyak betul kerja....baru sahaja selesai menguruskan sukan sekolah...balik lewat petang melatih murid, berjemur di bawah terik mentari menjalankan tugasan padang, menghias khemah dan melatih perbarisan......penat....sangat penat...
Oleh itu aku bercadang untuk mengadakan satu program yang boleh meredakan sedikit kepenatan cikgu-cikgu ni...So, plan untuk ajak semua makan durian di dusun durian...makan sampai puas.Penetapan tarikh agak sukar dilakukan kerana dusun ni sentiasa penuh ditempah orang.
Setelah berbincang dengan tuan punya dusun, akhirnya rezeki bagi cikgu SK Sri Skudai ada....cuma agak terkilan ramai yang tidak dapat ikut sama kerana ada komitmen lain...Cikgu Jepun yang bertugas kat sekolah aku pun ikut sama....nak melihat sendiri dusun durian.Siap pakai tie lagi gi dusun...hebat mamat nih..
Dapat aku lihat betapa seronoknya kita semua makan durian bersama......bercerita, bergurau senda dan ketawa. Mungkin aku harap program makan durian ini dapat mengurangkan sedikit tekanan yang kita ada....Isinya yang kuning dan manis....durian dusun ini memang lazat....





Terima kasih kepada Nurfa FarmStay Pontian, Johor Bahru....kerana sudi menerima kunjungan kami..layanan yang mesra amat kami hargai..maaf sekiranya ada tersalah bahasa semasa kami di dusun ini.



Bagi yang teringin nak menikmati.....hubungi lah tuan punya dusun yang baik hati ini.... Jom makan durian lagi .....nak??





Sehari Bersama Saya.....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari tugasan yang sesuai dengan minatnya.Ada orang tanya....apa rahsia kamu sentiasa berjaya....Selain dari rezeki kurniaan Allah, aku akan berkata aku akan lakukan setiap tugasan dengan kerahan seluruh tenaga aku bagi menjayakan kerja tersebut. Emak a.k.a cikgu pencen pernah berkata selagi kamu tidak berasa penat maka kejayaan belum menghampiri kamu......Hari ini program bersama calon-calon UPSR....apa lagi motivasi yang mahu disuntik selain menyelami hati dan emosi anak-anak ini agar sedar bahawa diri mereka sebenarnya sangat berpotensi dan kalau berusaha kuat pasti kejayaan di dalam tangan.
Mungkinkah murid yang masih bersengkang mata menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji semasa rakan sebaya yang lain tidur ......akan berjaya ?
Mungkinkah murid yang masih tidak jemu-jemu mencuba meningkatkan gred semasa rakan-rakan yang lain sudah berputus asa......akan berjaya?

Mungkinkah murid yang masih berminat dengan belajar semasa rakan-rakan sudah hilang minat dan asyik membuang masa.....akan berjaya?
Mungkinkah murid yang selalu bertanya guru tentang perkara dia tidak faham semasa rakan-rakan yang lain sudah menyerah kalah....akan berjaya?
Kalau ada yang bertanya aku lagi selepas ini bagaimana kejayaan selalu berpihak kepada aku...Jawapannya ialah aku lakukan semua kerja dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa dan sepenuh tenaga.....Cikgu kaunseling gembira bersama kamu semua hari ini....gandakan usaha ye....




Wednesday, June 20, 2012

Biru Buat Apa Tahun Ini???

Salam sayang anak-anak dan teman-teman, fuhhhhhhhh.......fuhhhhhhh......buat habuk jap ehh...lamanya aku tak jenguk blog kesayangan aku.Mesti merajuk semua peminat setia aku.....tertunggu-tunggu cerita pasal hari-hari seorang kaunselor...Eceeeehhh.....suka betul berangan aku ni..Maaf le kalau aku lama tak menulis...sangat sibuk dengan projek baru. Errrrmmmm...hari ini kalian nak dengar aku cerita pasal apa...?Banyak sebenarnya aku nak share ngan semua...tapi satu-satu ok. Sekarang SK Sri Skudai sangat sibuk...kalah le orang-orang kat bursa saham tu. Macam-macam program ada...Program yang terdekat ialah Kejohanan Sukan dan Olahraga...Eh...siapa kata sukan sekolah rendah senang...susah tau. Cikgu-cikgu nak kena fikir strategi bagi rumah sukan masing-masing menang.Nak motivate peserta agar dapat menjadi juara tanpa rasa putus asa.Aku rumah Biru......tak pasti aku suka warnanya kah atau kekawan ahli rumah Biru. 
Kita dah pernah buat tema ni kan......dan menang.
Habis tahun ni cikgu-cikgu nak kena fikir perbarisan and hiasan khemah....Mesti la nak buat canggih-canggih....nak outstanding dari rumah sukan lain...

Saban tahun dah banyak idea dicurahkan....bagusnya bila adanya program ini kita belajar berfikir luar dari kotak fikiran.
Adat pertandingan...semua orang nak menang.So kawan-kawan ....jom le fikir tahun ni Biru nak wat apa???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails