Pages

Wednesday, November 30, 2011

Sabah Part 2

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi (Hamka)...Hai...bertemu lagi dalam episod 2 catatan pengalaman....kalau boring nak baca...takpe..aku tak paksa..macam la ramai yang singgah di sini..perasan betul aku nih..... Aku ingin terus belajar menulis...izinkan ye...
Sampai di hotel (kalau le hotel tu company hubby aku tanggung....sure ada lebih duit untuk shopping.....issshhh apa la aku ni....shopping aje ingat.....aku mesti sentiasa tau bersyukur....)kami berehat, bersihkan diri, solat. Ain dan Adib sibuk meninjau keluar tingkap hotel melihat keindahan bandar Kota Kinabalu. Alya sibuk dengan buku yang dibeli oleh abahnya dari salesman yang datang masa kami minum kat airport tadi. Hubby aku ni bukan kaki shopping cam aku tapi dia ni pantang ada salesman datang pasti beli...kesian katanya.....oohhh...boleh kira suka shopping juge la....wow kita sama...Destinasi pertama yang kita pergi ialah ke Filipino Market. Waduh!!! banyak sungguh mutiara....semua jenis ada...gelang,rantai,brooch,cincin....banyaklah. Tapi yang paling aku suka, bila hubby membelikan aku satu set mutiara yang cantik sebagai hadiah sempena ulangtahun perkahwinan kami........Thanks bebey....Lepas tu, aku pula keluarkan senarai barang yang perlu aku beli, barang orang kirim, barang hadiah untuk 10 budak hitam (ni nama gelaran bagi 10 orang kawan baik aku di sekolah....realitinya 9 berkulit putih cuma aku sorang aje yang tak berapa nak putih...cam tak valid kan nama kumpulan ni....tapi takpe....aku suka). Sehelai kertas yang tercatat barangan yang perlu dibeli dan sebatang pen....ni dah beli...potong....ada lagi....untuk mak, mak mertua, mak ngah..along.....mak su.......ayoyo...bila nak siap ni.....
Adib baby dan abang dah mula boring..buat peace pun muka masam..ye la...gelang nak beli untuk kawan pun mama nak try-try....banyak tu..isshh berleter plak.Well.....lelaki....mana suka sangat ikut-ikut perempuan shopping ni....tengok Ain....masih tersenyum gembira di celah-celah purse yang dibuat daripada katak.....gud girl....dia nak beli purse tu...aku tak bagi....tak terfikir pun katak boleh jadi purse....dari kecil aku tau katak boleh tukar jadi prince charming.....hahahaha...
Hari hampir petang.....hubby aku ajak aku tengok sunset.....alolo...nak romantik ye....boleh....boleh.....oleh kerana matahari dah hampir sangat terbenam....kami cuma sempat lalu kat celah-celah makcik yang berniaga kat situ untuk ambil gambar keindahan suasana ketika itu....

Nampak tak besen hitam tu...tu le tempat makcik berniaga tu basuh pinggan...mujur dia tak marah kerana kami menyibuk kat situ....Memang indah pemandangan di KK waktu itu.....subhanallah....indah sungguh ciptaanMu...Kan saya dah bagitau abang....kalau kita melancong kita akan belajar lebih bersyukur dan lebih menghargai..........Hubby tersayang senyum....

Tuesday, November 29, 2011

Sabah Part 1

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Penderitaan, kesusahan, kesengsaraan, kegagalan dan kekecewaan...sesekali tidak boleh menghalang manusia daripada berusaha.....
Semua check list barang-barang yang perlu dibawa sudah dilihat berkali-kali....Anak-anak terlebih seronok....aku pun...negeri dibawah bayu sudah melambai-lambai....tunggu ye...
Sampai di airport, perasaan makin tidak sabar....masih belum breakfast cuma alas perut sikit aje.....ain dan alya sudah melompat-lompat....biasala....kat rumah pun melompat juga.Abang dan kakak membantu menolak troli....apa yang mama bawa ni...beg semuanya berat....eh..eh...mengeluh pula dia....baju kamu semua tu...

Semasa menunggu flight, aku sempat lagi mencuci mata ( sebenarnya aku beli)....fragrance favourite aku...kakak tersenyum...agaknya dah faham perangai mama dia...Perjalanan 2 jam tidak terasa....sibuk melayan ain/alya/adib.....makan....makan dan makan...Aku juga tidak membuang masa mengeluarkan senarai things to buy....sambil senyum2 sendiri....banyak ni nak beli.....mesti best....eeiiii tak sabar rasanya.

Apabila hampir landing....aku lihat pemandangan laut yang sangat indah.......ooohhh....patut la mutiara banyak....i like....hehehehhe....
Hubby menggeleng kepala melihat aku yang asyik berangan dari tadi. Lepas ambil semua bag....kereta sewa telah tersedia di luar airport ....hubby drive untuk membawa kami ke hotel....senyap aje...penat ke....soalan hubby tidak lagi ku endah...masih terus berangan...shoppinggg.....hahahaha.

Idea Aku.....Bolehkan?

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman........Doa itu memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang takut. Jadi berdoalah.... Cuti....kadangkala menyeronokkan kadangkala tidak. Masih duduk di rumah.....menjadi housewife....masak meal yang lengkap untuk anak-anak seperti MOU yang dibuat dengan suami.....kalau cuti kena beri perhatian pada rumah, anak-anak dan lebih utama masak menu yang sedap2 untuk abang....baik big boss....hehehehhe...

Aku tau dia kesian kat aku....boring kat rumah tanpa kawan bercerita...ye le akukan peramah....kalau kat sekolah boleh juga aku berbual dengan kawan. Tu pasal le kadang-kadang dia bawa aku keluar tengok wayang....late night supper....suka2. Aku kene tunggu hubby aku siapkan kerja dan cuti....dan companynya hanya mula bercuti sempena hari xmas....itu le company orang puteh....tapi takpe aku harus sabar sebab dia berjanji membawa kami terbang keluar negara tahun ini.....yahooo...

Satu hari aku....aku terjumpa satu blog....dia menceritakan pengalamannya melancong...sangat menarik. tapi yang lebih menarik hati aku ialah sebaris kata-katanya iaitu akak (dia lebih berusia dari aku) menulis cerita mengenai tempat-tempat menarik cuma untuk memberi kenangan dan ingatan kepada akak dan anak cucu akak.....takut lupa semua kenangan terindah....bestkan.....murni hati akak ni.....nanti anak-anak/cucu-cucu boleh baca blog dia dan kongsi keseronokan dia....Aku start berfikir....aku juga suka melancong....banyak tempat yang telah aku lawati....tahun ini insyaallah...aku akan berkunjung ke dua negara....Jadi waktu cuti ni, aku boleh cuba menulis tentang pengalaman aku sambil tu dapat membaiki tahap penulisan aku.....anak-anak aku boleh membaca pengalaman aku nanti....Terima kasih akak yang aku pun tak kenal kerana bagi idea.....Aku dah ada idea......bolehkan.....sekadar berkongsi pengalaman yang tidak seberapa....jauh sekali untuk riak....minta dijauhkan Allah perasaan tu....ermmm nak start cerita pengalaman ke mana dulu ye....ok...ke Sabah bolehh?..

Sunday, November 20, 2011

Episod Cuti Bermula....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna. Suara riuh seawal waktu subuh memberi petanda...cuti sekolah telah bermula....meja makan berubah menjadi cafe dengan deretan mug dan mini cyber cafe juga telah terbentuk....Memang betul...memang sah cuti sekolah telah start...Otak ligat memikir aktiviti apa nak buat agar tahap kehyperaktifan budak-budak yang sedang bercuti dapat diredakan....Aaaha...ok...anak-anak hari ini kita ada satu pertandingan...Pertandingan Katil Tercantik..tempoh masa 4 jam sebelum penilaian dibuat....
Katil kanak-kanak ribena- colourful...
Hehehehhe....suasana tetiba senyap......mereka bertungkus-lumus menghias katil masing-masing...Maka dapat la aku menikmati ketenangan selama 4 jam....Yahuu....boleh nonton movie dengan best sebab dapat dengar dialog hero hensem tu....

Katil kakak- cadar tegang bak pipi anak dara... :)
Mengemas cadar katil nampak aje  mudah. Bentang cadar kaler-kaler/kartun dan tarik kiri dan kanan. Namun masih ramai yang mengemas cadar tetapi senget sebelah, berkedut dan tidak rapi Tidak nampak sekemas katil di hotel atau di asrama.
JOM KONGSI CARA MENGEMAS KATIL
1.Perkara pertama kita perlu alihkan bantal-bantal/ teddy bear dari katil.
2.Lipat selimut dan simpan di tempat asalnya.
3.Bentang cadar dan masukkan di bahagian kepala katil dahulu.
Katil abang- cadar masih senget dan tidak tegang
4.Masukkan dengan ketat di kiri dan kanan kepala katil. Selitkan di bawah tilam agar ia tidak bergerak semasa ditarik kelak.
5.Tarik cadar di kaki katil dengan tegang untuk menghilangkan kedutan cadar.
6.Perhatikan ketinggian cadar dari kiri ke kanan adalah sama panjang.
Katil adik....ermmmm masih perlu dibantu...
7.Jika tak sama, tarik dan betulkan sehingga cadar adalah sama ketinggiannya  - kiri dan kanan katil serta di kaki katil.

8.Setelah berpuas hati dengan ketegangan cadar, masa untuk menegangkan bantal dan sarungnya. Pegang bahagian atas sarung bantal yang terbuka dan biar bantal jatuh ke hujung lagi satu. 9.Jangan biarkan ada ruang udara antara bantal dan sarung di hujung sana.
10.Setelah tegang, pegang pula di bahagian sisi sarung bantal dan jatuhkan bantal rapat ke hujung sarung sebelah sana.
11.Kemudian apabila bantal sudah tegang di dalam sarung, letakkan bantal dengan berhati-hati supaya tiada kedutan. Ratakan atas bantal untuk memastikan ia kelihatan tegang tanpa kedutan.
Mama dah siap....tengok katil saya.....aku hidangkan trifle buat peneguhan....
Trifle - baru tuang custard...

buah-buahan terlebih sudah......terletak buah peach banyak...
Masa makan....semua berebut nak bercerita mengenai pertandingan......suasana kembali bisiiiiiinnnngggg........hurrrmmmmm..

I'm Lovin' IT...

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah kita benar-benar terasa. Minggu-minggu akhir persekolahan banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum dibenarkan punch card balik....tapi minggu ini memang seronok apabila mendapat banyak jemputan makan....selain makan pelbagai jenis nasi, cake yg enak pelbagai perisa....aku juga dapat makan fast food....3 hari berturut-turut makan McD... I'm lovin'it....
Bungkusan burger /french fries/soft drinks McD yang dihantar ke bilik aku....cikgu suka tau. And last day aku dijemput makan di restoran McD bersama  pasukan sofbol sekolah ....mereka menjadi johan kan dulu...so  cikgu -cikgu ingin belanja makan agar tahun depan main bagus dan jadi johan lagi......kira reward la ni ye...
JOM KONGSI INFO
Kita sukakan makan kentang gorengnya dicecah dgn sos pedas yang enak dan ditabur black pepper....ayam goreng spicynya yang panas dicubit sedikit-sedikit dan dicecah juga dgn sos, burgernya yang lazat sekiranya kita tambah sos cili dan sos tomato.....kelembutan keju yang cair dilidah.....McD.......sedappnya... tapi taukah kita asal usul restoran ini.Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald.
1.McD paling besar: Orlando, Florida, Amerika Syarikat, berhampiran International Drive. Ia terdiri daripada dua tingkat dan mempunyai kawasan permainan dan arked yang amat besar, serta bahagian McGourmet yang menjual sandwic panino dan ais krim sundae.
2.McD paling tinggi dalam bangunan: Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.
3.McD paling tinggi dari aras laut: La Paz, Bolivia, sebelum ditutup pada 2002. Tingginya 3,600 meter (11,800 kaki) dari aras laut.
4.McD paling rendah dari aras laut: Perkampungan Ein Bokek, Israel, berhampiran Laut Mati. Rendahnya 396 meter (1,300 kaki) di bawah aras laut.
5.McD paling utara: Rovaniemi, Finland di Bulatan Artik.
6.McD paling selatan: Invercargill, New Zealand.
7.McD paling timur: Gisborne, New Zealand, disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Garisan Tarikh Antarabangsa.
8.McD paling barat: Samoa Barat.
Ala nyesal plak wat entri pasal McD....terliur je rasa......syg jom McD.....dekat ajekan....24 hours lagi....
 

Friday, November 18, 2011

Permohonan Kemasukan ke MRSM

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA
TINGKATAN SATU TAHUN 2012
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2011 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2012 di Semenanjung Malaysia.
Mulai tahun 2012, kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga.
Teras utama sistem pendidikan MRSM merangkumi pembangunan kurikulum, pembangunan kokurikulum, pembangunan pelajar dan perkhidmatan pendidikan. Sistem pendidikan ini menjadikan
MRSM sebagai pusat kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan.
Terdapat empat program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
i. MRSM Program Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan
Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
iii. MRSM Program IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
iv. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE
Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.
CARA MEMOHON MELALUI ONLINE :
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARANegeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :
http://www.mara.gov.my
Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
5. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
TARIKH TUTUP
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 5 Disember 2011.
 MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
i. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan/permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
ii. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
4. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
5. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
6. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
(sumber rujukan laman web MARA)

Setitis Airmata Gred A..

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman....."Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
Keputusan akan diumumkan sebentar lagi......ibubapa amat resah menunggu.....ada yang berdoa agar berita baik  akan diterima. Guru-guru sudah pun tahu keputusan. Unit Kecemerlangan Sekolah telah menyediakan teddy bear comel.......dan sedikit hadiah dalam envelope.....untuk murid-murid yang dapat 5A.

Tahniah kepada semua murid SK Sri Skudai yang telah berjaya mendapat 5A...Berkat usaha....kamu berjaya.
Semua guru SK Sri Skudai tumpang gembira pabila melihat wajah-wajah gembira anak-anak didik meraih kejayaan. Nampak tak cheese cake tu....sedappp sangat...terima kasih sebab berkongsi dengan cikgu...
Dalam melihat wajah-wajah gembira, mata tertangkap wajah sugul murid-murid yang tidak mendapat 5A. Murid yang mendapat 4A 1B paling ketara wajah kecewa mereka.......bersyukurlah perjalanan ilmu kamu masih jauh....kamu pasti akan berjaya nanti....
Ini la setitis air mata seorang murid yang mendapat 4A 1B yang menitis di atas fail didepan aku....amat sedih melihat wajahnya tapi apabila aku renung wajahnya dalam-dalam .....aku tau dia akan menjadi seorang yang berjaya kelak.....Tahniah!!!!!!

Tuesday, November 15, 2011

Rezeki RM100....

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman...Rezeki itu bukan hanya wang RM100.
Rezeki itu meliputi semua rahmat Allah bagi kita, seperti kesihatan, kedamaian, ilmu, keluarga yang sejahtera dan berbahagia, nama baik, dan pengaruh yang besar untuk  kebaikan dan mencegah terjadinya keburukan.
Pemberian wang bantuan sebanyak RM100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dibayar pada bulan ini.
Guru diamanahkan mengagihkan duit
Pembayaran tersebut akan dibuat melalui dua peringkat, pertama untuk pelajar Tahun Dua hingga Lima dan satu lagi untuk pelajar Tingkatan Dua hingga Empat.
wajah gembira ibu..
Ramai ibubapa yang hadir tadi untuk mengambil wang RM100 bagi meringankan beban untuk persediaan keperluan sekolah bagi tahun hadapan. Jelas kelihatan wajah-wajah lega ibubapa dengan adanya rezeki ini.
ibubapa menunggu giliran
Kalau ada 4 anak yang bersekolah...RM400 sudah ada ditangan. Cikgu....mak belum datang ambil duit RM100 saya....comel aje mulut dia mengadu pada aku...Tunggu ye...kejap lagi ...mak pasti datang...
Bila lihat ibunya sampai...gembira betul budak kecil ni....cepat mak...ambil duit RM100....Bila ibunya nak masukkan duit dalam handbag....dia pun bersuara...bagi saya pegang duit tu....nanti mak beli lipstik...hahahahha.....budak kecil...sangat tulus....
Cikgu kaunseling dapat tak duit RM100?....emmm dapat juga tapi bukan untuk beli lipstik kaler cantik tu tau....







Monday, November 14, 2011

Sukan Di Akhir Garisan......

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......Janganlah berputus asa.....tetapi kalau kita  berada dalam keadaan berputus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan berputus asa.
Sekolah kita baru selesai mengadakan sukan sekolah.....ngapa?? pelik wat hujung-hujung tahun ke?...hahahahahha.....
guru-guru bertugas di bawah mentari yg terik....
Cekgu-cekgu semua sudah semput kerana menyiapkan pelbagai tugasan akademik seperti menanda kertas peksa akhir tahun,isi buku laporan, key-in markah,etc....sambil itu sempat lagi melatih murid-murid untuk persediaan sukan. Caya la cekgu.....usah peduli org nak gossip buruk tentang cikgu.....selagi kita buat kerja kita dan berada dilandasan yang benar...itu sudah cukup baik.
Awal pagi lagi semua cekgu sudah berkumpul di padang....
semangat kesukanan......bertugas tanpa mengira warna...:)
Ambil tempat masing-masing untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan.....dengan semangat kesukanan yang tinggi......tanpa ada pilih kasih terhadap rumah sendiri.....semua cekgu bertugas....
Alhamdulillah.....kejohanan olahraga SKSS berjaya dilaksanakan....

Sang Juara......tahniah!
Sungguh meriah dengan kehadiran AJK PIBG dan ibubapa yang ingin memberi sokongan....Akhirnya Rumah Biru Segara menjadi johan keseluruhan.......
Horayyyyy.....tahniah cikgu rumah segara....kita menang...
Yahuuuu!!!! Segara....Boleh...Bersorak sakan nampaknya cikgu kaunseling.....hehehehe...mesti le....itu rumah sukan saya..... :)

Friday, November 4, 2011

Balik Kampung....Sila Kemas Beg Anda....

Assalamualaikum, salam sayang anak-anak dan teman-teman............
Setiap hari kita adalah insan yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…Balik kampung.....oooooo.....balik kampung...Jangan jeles ye....


Bagi orang yang tiada kampung tentu teringin merasa keseronokan perjalanan jauh menuju ke kampung halaman......Insya Allah.....lusa kita akan merayakan Hari Raya Qurban. Cuti cuma 3 hari tidak menghalang kami untuk pulang ke kampung.....Sudah tentu giliran beraya di rumah ibuku di Taman Guru. Perkara paling malas nak buat ialah mengemas bag.....huhuhuhu....Haippp.....cikgu kaunseling mana boleh malas......tapi hari ini memang malas..so nak minta tolong anak-anak mengemas bag pakaian masing-masing.......Check list telah siap aku buatkan, mereka cuma ambil pakaian dan masukkan dalam bag.....Berjaya tak agak-agaknya......Lepas aku siapkan tugasan masak-masak di dapur......aku tak sabar nak lihat bag-bag anak-anakku...
  Nak share  kaedah didikan untuk menghasilkan anak yang kreatif :-

1.Latih diri ibu dan ayah  sifat berdikari dan sifat rajin semasa ibu mengandung.
2.Latihkan diri ayah dan ibu untuk mengamalkan segala perintah Allah dan menjauhi larangan Allah.
3.Seawal usia anak dua tahun, latih sifat rajin, pengurusan masa, tanggung jawab dengan melatih mereka membasuh pinggan, mengemas cadar, menyapu sampah, membuang sampah serta kerja-kerja rumah lain.
4.Pada usia 2 – 3 tahun, anak perlu dilatih untuk mengikut solat setiap kali ibu bapa solat.
5.Pada usia 5 atau 6 tahun, anak kecil ini sepatutnya sudah mampu membasuh pinggan, mengemas bilik, melipat selimut, menyapu sampah, menyidai baju (guna kerusi plastik kalau tak cukup tinggi) melipat baju, membantu ibu memasak di dapur, menguruskan adik, mengemas rumah, membasuh kasut sendiri dan kerja-kerja rumah lainnya.
6.Berikan anak-anak tanggung jawab untuk diuruskan seperti anak sulung melakukan tugas ini, anak kedua melakukan tugas itu dan seterusnya. Mencuci kereta mungkin boleh disuruh kepada anak yang lebih besar dengan dibantu anak yang lebih kecil.
7.Apabila anak berusia 7 – 10 tahun, berikan tanggung jawab yang lebih mencabar seperti memasak nasi . Anak-anak pada usia ini perlu dikerah sentiasa membantu ibu memasak di dapur mungkin untuk membantu mengacau gulai atau membantu menumis. Anak lelaki atau perempuan tidak boleh dikecualikan.
8.Latihkan pertukangan bagi anak lelaki pada usia menjelang 10 tahun. Latihan yang baik ialah membuat pistol mainan dari kayu. Gunakan getah dan kertas sebagai pelurunya. Latih anak untuk membunuh cicak di rumah menggunakan pistol atau senapang buatan sendiri ini. 
 9.Bagi perempuan pada usia yang sama ini, berikan tanggungjawab memasak yang lebih mencabar. Membersihkan ikan, udang, sotong, ayam dan daging sudah sepatutnya dikuasai pada usia ini.
10.Apabila perlu menggunakan rotan, gunakanlah dengan baik dan konsisten.
11.Menjelang usia sekitar 12 tahun, tugas memasak sudah sepatutnya dikuasai oleh anak-anak. Membuat kuih mudah seperti jemput-jemput pisang atau pancake sepatutnya juga sudah dikuasai. Anak lelaki tidak terkecuali.
12.Teruskan didikan begini sehingga usia 15 tahun. Insya Allah selepas usia ini anak ini akan terus mantap dengan didikan yang telah diusahakan.
13.Menghabiskan masa yang lama menonton TV tidak mengembangkan jiwa kreatif malahan mengembangkan sifat negatif terutama sekali apabila anak-anak gemar menonton cerita kartun. Bermain komputer game juga tidak banyak membantu mengembangkan sikap kreatif.
14.Latih anak menyudahkan setiap perkara yang dilakukan dan bukan dengan memberhentikan ditengah jalan. Kalau pinggan yang perlu dibasuh banyak latih mereka menyudahkan kerja dan bukan menyuruh berhenti ditengah-tengah kerana kasihan.
15.Elakkan memanjakan anak. Ololololo......bucyuk mama.....ok siapkan mengemas bag kamu......mama sayang kamu tapi oppss sorry mama tak mau tolong.....hehehehehe....
Masa utk check adakah penyediaan bag balik kampung menepati piawai...........
Boleh la....walaupun aku terpaksa menyusun semula agar lebih kemas......Jom balik kampung.......


Thursday, November 3, 2011

Karipap Makcik Sedappp!

Assalamualaikum dan salam sayang anak-anak dan teman-teman......
Sebaik-baiknya kekayaan adalah kaya jiwa.

Sebaik-baiknya bekalan adalah takwa.
Sejahat-jahatnya buta adalah buta hatinya.
Seburuk-buruknya kesalahan adalah dusta.
Sejahat-jahatnya makanan adalah harta anak yatim.
Seburuk-buruknya usaha adalah mengusahakan riba.
Barangsiapa suka memaafkan, maka Allah pun suka memaafkannya.
Dan barangsiapa suka mengampuni orang, maka Allah pun mengampuninya.
(Al-Hadits)
Karipap makcik gerai tepi pondok guard itu sedap betul. Tepungnya rangup dan intinya amat lazat.
Anak-anak aku sudah ketagih karipap makcik. Naluri keibuan aku tercabar....tak boleh jadi ni...cikgu kaunseling kene belajar buat karipap....tak jadi sesedap karipap makcik pun tak pe...sekurang-kurangnya fokus anak-anak pada karipap makcik akan beralih arah pada karipap aku.
Bermula le episod membuat karipap...dari mengadun tepung sampai lenguh tangan...sehingga mencipta inti kentang+keledek yang enak....lebih best daripada inti makcik...Ek eleh...dengan makcik pun nak bertanding.....hehehehehe.

Semasa proses membuat....aku rasa ia seperti berhadapan dengan seorang remaja....
Prof Dr.Abdul Hamid Mahmood,memberi panduan cara-cara   berkomunikasi antara guru/ibu dan anak remaja.
1.Mempunyai sifat penyabar seperti sabarnya aku menguli adunan karipap sehingga gebu.
2. Mempunyai sifat penyayang seperti sayangnya aku semasa membentuk karipap. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan.
3.Pandai menghargai dan memuji seperti aku memuji diri sendiri apabila inti aku rasa sangat sedap....heheheh perasan! 
4. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur. Situasinya bila karipap aku siap digoreng....anak-anak akan memberi pujian....aku tau bila pujian betul dan bila pujian ambil hati.
5.Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Walupun aku lihat rupa karipap aku buruk tapi aku sentiasa sedapkan hati dengan mengatakan rasanya pasti lazat... isshh..perasan lagi
6.Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan. Sedap la sayang..puji suami..tapi makan satu pun tak abis...jangan cepat rasa bangga diri....buat-buat le merendah diri...
7.Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi. Ye la...hubungan mata antara aku dengan karipap juga penting....semasa mengisi inti kene teliti jangan ada bendasing masuk...semasa mengelim tepi harusnya dilakukan dengan cermat.
8.Sentiasa mengulang isi-isi penting- proses penting semasa membuat karipap harus diulang dengan kaedah sama untuk hasil yang wallahhh.....
Jom makan karipap......
Maafkan hasil karipap aku yang tidak seberapa tapi tolong la caya....rasanya lebih sedap daripada karipap makcik.....Yahuuu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails