Pages

Tuesday, May 31, 2011

Kenapa Cikgu Tahun Satu Asyik Menang?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....harap seronok la ye bagi yang sdg bercuti sekolah.......menikmati waktu rehat.......























Johan bagi pertandingan memasak.......cikgu -cikgu tahun satu.......sukaneka.....cikgu tahun satu menang jugak. Hingga bagi persembahan terbaik pun....cikgu-cikgu tahun satu antara yang dipilih.....Cikgu kaunseling mengapa ye diaorang ni asyik menang aje. Haa... sini.. mari cikgu kaunseling bagi tau. Mereka ini mempunyai self eficacy yang sangat tinggi sebab itu la mereka sapu bersih semua hadiah yang ada. Rasanya semua cikgu tahun satu kot mempunyai semangat yang tinggi. Mereka akan meletakkan matlamat yg tinggi dan tidak takut pun kalau mereka gagal. Apa yang penting mereka gigih berusaha.Lihat sahaja mereka mengaplikasikan penggunaan BBM pada kad menu masakan dan semasa persembahan. Tahniah ye akak-akak cikgu tahun satu....cikgu lain jangan pandang sebelah mata tau pada akak-akak ni....hehehehe...

Monday, May 30, 2011

Teman......Dua Rasa Berbeza......

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling kita  tersenyum.Hargailah hayat ini sehingga nanti, semasa kita mati, kita tersenyum dan orang di sekeliling kita menangis.
Belum terlewat rasanya untuk aku menulis entri ini.
Sekalung tahniah buat temanku Cikgu Masliza atas kelahiran babynya yang comel NurNadya Zahirah...Maaf agak terlewat untuk ucapan....
Kerana aku juga terpaksa mengucapkan ucapan yang berbeza rasa kepada temanku juga..... Puan Amnah.
Takziah Kak Amnah atas kehilangan anak tersayang akibat kemalangan jalanraya ngeri di lebuhraya Pasir Gudang.Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Dua rasa yang berbeza.....gembira dan sedih.....itu yang aku rasa....

Sunday, May 22, 2011

Salam Takziah..Tragedi tanah runtuh rumah anak yatim Al-Takwa , Hulu Langat

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
Berita sedih muncul lagi...hati jadi sungguh hiba dan sebak.
Hujan yang turun menyejukkan bumi setelah lama berpanas membawa khabar duka rupanya. Semuanya ketentuan Allah dan yang pasti apa yang berlaku  seiring dengan hikmahnya.

Operasi menyelamat mangsa tanah runtuh
Tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Hulu Langat. Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.
Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung berusaha mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang. (petikan BERNAMA)
Al- Fatihah...Salam takziah ....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anak-anak yatim yang terkorban.
Air mata menitis lagi.....





Saturday, May 21, 2011

Bank Masa Kita.....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........masa itu emas....betul tak? Masa...masa kita perlu lebih masa..


Ingin kongsi.....
Bayangkan ada sebuah bank yang mengkreditkan ke dalam akaun kita setiap pagi sebanyak RM86,400.
Ia tidak membawa sebarang baki dari hari ke hari.
Setiap hari akan diambil baki yang anda gagal gunakan.
Setiap orang mempunyai bank seperti itu. Namanya ialah MASA.
Setiap pagi ia mengkredit 86,400 saat untuk kita.
Setiap malam, ia akan menjadi satu kerugian sekiranya kita tidak
 menggunakan untuk tujuan yang baik.
Ia tidak membawa ke depan sebarang baki. Ia tidak membenarkan overdraf.
Setiap hari ia membuka akaun baru untuk kita
Jika kita gagal menggunakan deposit seharian itu,
kita menanggung kerugian
Tiada jalan patah balik, kita tidak boleh meminjam daripada ESOK
Waktu sedang berlari, gunakan dengan bijak,
Untuk mengetahui nilai bagi 1 TAHUN
tanyalah pelajar  yang gagal dalam peperiksaan,
Untuk mengetahui nilai bagi 1 BULAN
tanyalah pada ibu yang melahirkan anak pra matang
Untuk mengetahui nilai bagi 1 MINGGU
tanyalah editor sebuah akhbar mingguan
Untuk mengetahui nilai bagi 1 JAM
tanyalah kepada pasangan kekasih yang menunggu untuk bertemu
Untuk mengetahui nilai 1 MINIT
tanyalah pada orang yang terlepas bas untuk ke tempat kerja
Untuk mengetahui nilai 1 SAAT
tanyalah orang yang baru terselamat daripada kemalangan
Hargailah setiap masa yang kita ada....

Wednesday, May 18, 2011

Pasukan Sulung Kesayangan Ku....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman. Nak bercerita mengenai pasukan sofbol perempuan yang sangat aku sayang...team sulung aku. Mulanya susah hati bila agak sukar mencari pemain yang benar-benar boleh memahami pemainan ini.


Team lelaki...kamu juga hebat
Rata-rata masih menyoal itu ini dan ada juga yang takut bila terkena lantunan bolanya yang keras. Aku tanpa jemu memujuk dan melatih agar mereka dapat rasai keseronokan bermain permainan ini sebagaimana gembiranya aku bermain semasa waktu sekolah dulu. Rindu pada teman sepasukan Zuraida Hamid dan Salina Safian.

Gembira melihat kamu sudah pandai bermain...
Berpandu pada tahap ketiga Teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit, aku melatih mereka. Pada tahap ini, perasaan ingin tahu menjadikan murid-muridku pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.

Berlatih untuk menjadi lebih cekap
Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul
dengan rakan-rakan yang sebaya.
Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.

Tahniah menjadi Naib Johan MSSD Johor Bahru...
Nampaknya lepas ni kita kena la pakai produk pencerah di pasaran + bedak sejuk untuk memulihkan muka yang hangus dek mentari.....hehehe....apa pun tahniah ....atas usaha kamu berlatih...kamu berjaya beraksi di padang.....Jangan lupa nilai yang kamu dapat semasa bermain...nilai yang baik akan membawa kemenangan yang sangat tinggi harganya.....


Tuesday, May 17, 2011

Apa Yang Penting ? Kerjasama....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
Pengumuman ye.....pertandingan memasak, menggubah buah dan rekacipta antara guru-guru akan diadakan. Pasukan guru akan diagihkan mengikut aliran.

Siapa kata lelaki tak terror kat dapur.......
Menu dan gubahan hendaklah berasaskan ayam dan tembikai.Selepas mendapat tahu....cikgu-cikgu semua duduk berbincang apa nak buat...syhhhhhhh...rahsia jangan sampai kumpulan lain tau...
Pengadil sedang menilai.....
Pelbagai persiapan dibuat...set pinggan mangkuk dalam almari hiasan kena keluarkan, menu sudah dipilih....dan bila tiba harinya gelagat yang rencam dapat dilihat.
Tekun menyiapkan masakan.....20 minit lagi ye cikgu...
Nak ketawa pun ada tapi...bila melihat kerjasama antara kumpulan minda terus terbayangkan murid-murid kita apabila disuruh duduk bekerja dalam kumpulan bagi menghasilkan sesuatu projek atau tugasan.
Senyum....masakan kami dah siap
Kadang kala kita ni sebagai guru terlupa apa yang kita gariskan kepada murid -murid supaya tidak dilakukan semasa bersama dalam kumpulan, dilakukan oleh kita semasa dalam kumpulan.

Kerjasama antara ahli amat penting....
Mungkin terlepas pandang...ye la guru pun manusia biasa...Keuntungan dari bekerja dalam kumpulan ini ialah kerja boleh diselesaikan dengan lebih cepat dan lebih mudah.
Sedikit tips...
Setiap waktu lebih dari satu orang bekerja sama untuk menyelesaikan suatu masalah biasanya lebih cekap. Tidak akan timbul rasa ingin menunjukkan dia yang paling bagus dalam kumpulan kerana jika seorang sahaja yang ingin menyerlah kumpulan  itu tetap tidak akan berjaya.
Tahniah kepada pemenang dan apa yang penting.....kerjasama...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru .....Semua Cikgu

Salam sayang teman-teman dan anak-anak.....

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara....
teacher Pictures, Images and Photos

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat :-
Teacher Lily yang mula mengajar saya mengenal abjad...
Pn Fauziah Salam yang mengajar saya mengeja.....
Pn Khatijah yang memegang tangan saya untuk menulis jawi...
Mrs Anandan yang mengajar saya mengira....
Miss Foenander yang memberi tunjuk ajar dalam English
Pn Zaharah yang mengajar saya menulis karangan baik
Mrs Lim yang memberi ilmu Kimia
Miss Shan yang menunjuk jalan ilmu Biologi
En Wan yang membimbing dalam Sastera
Semua guru besar yang mendidik saya menjadi lebih berjaya dalam bidang perguruan....
Semua teman guru di SK Panching Utara, SK Atas Tol, SK Sri Skudai....
Semoga gembira di hari kita.....Selamat Hari Guru!

Saturday, May 7, 2011

Saya BENCI Mak !

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........Bertemu kembali ye...lama betul tidak mencoret di sini....oleh kerana esok hari istimewa....aku curi juga masa untuk menulis sesuatu....tak mau terlepas peluang untuk menitip ucapan kepada  insan yang teristimewa.....

Saya benci mak bila mak suka berleter
Saya benci mak bila mak suruh saya buang sampah
Saya benci mak bila mak asyik sibuk suruh saya belajar
Saya benci mak bila mak pesan itu ini bila pegi kedai
Saya benci mak bila mak suruh basuh kasut
Saya benci mak bila mak tiap-tiap hari suruh kemas bilik
Saya benci mak bila mak pilih-pilih kawan untuk saya
Saya benci mak bila mak tak bagi online lama-lama
Saya benci mak bila mak sebelahkan adik bila bergaduh
Saya benci mak bila mak tak sokong saya kalau cikgu marah
Saya benci mak bila mak rotan kalau saya tak lulus periksa
Saya benci mak bila mak tak bagi saya makan
cikedis dan megi
Saya benci mak bila mak asyik nak ulang suruh mandi bersih
Saya benci mak bila mak tak bagi main kat jalan raya
Saya benci mak bila mak tanya banyak
soalan tentang sekolah
Saya benci mak bila mak suka bercerita siri-siri moral
Saya benci mak bila mak suruh
cepat-cepat menunaikan solat
Saya benci mak bila mak tak bagi keluar dengan bofren
Saya benci mak bila cikgu tepon ngadu,
emak pukul saya lagi
Saya benci mak bila mak suruh makan makanan
yg saya tak suka
Saya benci mak!!!!
Tapi emak tak benci aku.....tak pernah.....Betul juga ye....dia mengandungkan aku.....loya sampai tak bangun 3 bulan....bawa aku berat-berat 9 bulan......bertarung nyawa nak kluarkan aku berjam-jam......kena pantang itu ini 44 hari.....tidur 2 ...3 jam sebab aku nangis nak susu.....tak boleh pergi tempat-tempat tidak selesa 7....8 bulan sebab aku baby lagi.....eehhhh......aku menyusahkan dia rupanya tapi dia tak pernah BENCI aku.....
Besarnya pengorbanan IBU.....sebenarnya ibu sangat sayang akan aku sebab itu dia ambil berat semua perihal aku.....
 AKU SAYANG PADAMU IBU.....
SELAMAT HARI IBU.....SEMOGA BAHAGIA MELIHAT
KEJAYAAN  ANAK-ANAK HASIL DIDIKAN MU....


SELAMAT HARI IBU BUAT BONDAKU HJH ALIAH DAN BONDA MERTUAKU PN AMINAH



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails