Pages

Friday, February 25, 2011

Syukur Alhamdulillah & Terima Kasih

Salam sayang anak-anak dan teman-teman,harta, wang ringgit kita tidak akan berkurang kerana bersedekah dan melakukan amal jariah. Benar ...bila Allah menjanjikan kita rezeki. Tapi ini bukan rezeki untuk aku tapi disalurkan melalui aku untuk yang berhak. Satu hari , aku disapa oleh seorang teman, Tn Hj Isa.. dari  negara seberang tambak...kami pernah sama-sama menuntut ilmu kaunseling di UTM.


Ada murid miskin di sekolah? Ada hamba Allah ingin membuat sumbangan.....Aku senyum...alhamdulillah...baru beberapa hari aku dan Ustazah Jiha berbual tentang mengapa ada murid yang memakai pakaian lusuh sedang tahun ini baru masuk bulan ke-2.


Aku mula menemubual murid-murid yang aku rasa layak mendapat rezeki itu....Setelah mendapat calon sesuai terutama beberapa orang murid yang baru memeluk Islam....aku ke rumah mereka, meminta izin ibubapa untuk membawa anak-anak mereka ke kedai membeli pakaian sekolah bagi menambah pakaian yang sedia ada....


Cikgu...cantik tak saya?...Cantik...nanti jaga elok-elok ok....jangan bagi kotor.Senyum terukir dibibir mereka....aku harap mereka gembira dan bersyukur.


 Buat hamba Allah....terima kasih semoga Allah melimpahkan rezeki lagi buat anda....benarlah bahawa Islam itu tidak mengenal sempadan....Alhamdulillah.

Sunday, February 20, 2011

Anda Stress? Senyum.....Tak Perlu Kata Apa-Apa...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Setiap kuntum bunga ros yang cantik dan harum pasti ada durinya. Semakin hari semakin banyak tanggung jawab...Guru-guru dan murid-murid harap bersabar.Soalan periksa mesti hantar....murid-murid jangan lupa ulangkaji...Esok ada latihan permainan bola sepak, sofbol, bola jaring, olahraga...cikgu terlibat jangan lupa turun padang...Murid-murid sila datang untuk pemilihan...Cikgu jangan lupa beri latihan kepada murid....murid-murid bersedia kerja rumah banyak nih....Cikgu jangan lupa tanda buku...banyak tu...Semua ketua panitia/ketua unit mesti buat mesyuarat....hantar laporan segera......Guru kelas jangan lupa siapkan......ketua unit laksanakan program......Eeeeiiiiii.....banyaknya kerja minggu ni...semua nak kena siap cepat....Muka semua guru+murid... masam + penat....muka tension.....ada yang sedih tak sempat hantar kerja on time....ada yang tak selera makan......ada kecewa kena marah.....ada yang merajuk....ada yang berkecil hati.....Kasihan ......jangan sampai stress.....SENYUM SK SRI SKUDAI.....tak perlu kata apa-apa....


Jom kita sama-sama check kita stress tak?
1. Mudah marah- apabila perkara kecil pun kita nak marah itu memang dah stress....ishhhh...mana pen aku ni tadi letak kat sini.....ni mesti ada org ambil..marah3
2. Mudah frust- stress akan menjadikan kita rasa kecewa .. Bila dah kecewa terus lah jadi murung...bahaya tu.
3. Moody- baru jap tadi jumpa senyum bukan main lebar lagi....ni kenapa masam pulak?
4. Gangguan fikiran- Lupa kat mana letak buku rekod....lupa nak hantar itu ini....tak boleh fokus.
5. Kurang kreatif - kenapa la aku tak boleh hias cantik-cantik selalunya ok...ke aku dah tak kreatif...
6. Sakit perut - Bukan nak buang air...tetapi perut tak selesa...ke tandas tapi tak jadi....
7. Rambut gugur- kalau gambar kartun professor mesti takde rambut...tapi tak semua...ada juga prof yang good looking....tapi stress kadang-kadang menyebabkan rambut gugur...
8.Susah nak tidur- ala...org lain dah nak bangun...kita baru aje nak tidur...
Dengan menarik nafas, ingat Allah, buat satu kerja satu masa....insyaallah...segalanya akan OK.


Thursday, February 17, 2011

Larian Perdana Mahkota....Penaaaat + Best...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......SK Sri Skudai telah mengadakan Program Larian Perdana Mahkota....Sekali-sekala mengeluarkan peluh memang best....murid happy...guru pun seronok...

warm up dulu sebelum lari.......

cukup menyegarkan badan...sihat + cerdas

bestkan aktiviti ni.....

guru-guru pun turut sama

jangan ketinggalan wat exercise....

letih la pulak.....

jom....lari ikut cikgu
 Kebaikan yang kamu dapat hari ini setelah mengikuti program ini banyak. Senaman yang berkala dapat menghapuskan faktor faktor risiko seperti :-
1.kegemukan- takde la kita sedih bila lihat org lain slim..
2. peningkatan lemak dalam darah -bila dah hari-hari makan nasi lemak Kak Limah...senaman itu amat perlu.
3.membuang / mengurang tabiat merokok-jimat duit untuk beli rokok...bolehlah kita upgrade handphone...
4.mengambil snek berlebihan- duit lagi...nak kena gi beli kat 711
5.minuman keras - buruk sungguh kelakuan orang mabuk ni...
6.penyalahgunaan dadah - silap-silap ke tali gantung kita..
So....tukar track suit...pakai kasut sesuai...pergi la jogging kat kawasan taman perumahan....tak payah bayar apa-apa...tapi awas anjing Mr Ah Seng....

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul...Saudaraku

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Salam Maulidur Rasul kepada semua.Marilah kita sama-sama meraikannya serta menghayati apakah makna hari ini. Maulidur Rasul iaitu hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad saw. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin,12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah swt. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.Alhamdulillah..... bagi teman-teman dan anak-anak yang telah melaksanakan perkara baik pada hari ini.






Monday, February 14, 2011

Tak Payahlah Wish Happy Valentine's Day......

Salam sayang anak-anak dan teman-teman,
Hari ini pasangan kekasih sibuk meraikan Hari Valentine.....Pasti peniaga mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan jualan bunga, coklat, teddy bear dan sebagainya.....Budaya siapakah ini?....Perlukah ada hari bagi pasangan selain hari ulangtahun perkahwinan....lebih-lebih lagi bagi yang belum ada ikatan yang sah. Mari kita kongsi bersama cerita pasal Valentine......


"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. Tanggal14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah agama yang zalim dan tidak mengamalkan kasih sayang. Dengan tewasnya Kerajaan Islam Sepanyol mereka raikan sebagai Hari Valentine. Semoga kita umat Islam lebih sensitif.Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini?
Kita tak sambut Krismas kan....jadi tak payahlah sambut Hari Valentine.


Salam Takziah... Pak Long

Salam sayang anak-anak dan teman-teman,
Pagi minggu dikejutkan oleh berita kematiannya....text ringkas memaklumkan perihal itu. Al- Fatihah buat Pak Long, mantan pengusaha kantin SK Sri Skudai. Aku sendiri sudah bertahun-tahun makan hasil masakannya semasa hayat beliau. Begitu juga rakan-rakan yang lain. Murid-murid SK Sri Skudai cukup berselera menikmati ayam gorengnya yang enak.
Jamuan Nasi Beriani & Pengat Pisang hasil air tangan beliau....
Jamuan untuk setiap kali sambutan Hari Guru pasti akan tersaji buat kami semua.Juadah sempena Maulidur Rasul, Nasi Jagung resepi peribadinya.Segala budinya akan pasti dikenang.Semoga rohnya tenang dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.....

Wednesday, February 9, 2011

Nyamuk.....Tolonglah....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman,setiap kali kaki kita tersadung,kita akan selalu beringat kerana tidak mahu terjatuh lagi.
Muka penuh dengan bintik-bintik merah. Tangan tergaru-garu...cukup tidak selesa. Situasi begini akan mengganggu emosi diri.Tumpuan menjadi lemah, rasa hendak marah....Banyak sungguh nyamuk...
nyamuk Pictures, Images and Photos


Pelbagai usaha telah dilakukan...bukannya duduk diam tiada tindakan. Pekerja telah pun membersihkan semak-samun, longkang dibersih hampir setiap hari, fogging juga telah dilakukan, ubat nyamuk pelbagai jenama dipasang setiap masa. Namun nyamuk tetap datang dalam kelompok yang banyak....entah dari mana. Jika kita berjalan, kelompok nyamuk akan menjadi pengiring kita.
ibu mertua sediakan kelambu sebab nyamuk banyak....rasa mcm baby plak bila tidur dalam kelambu ni..
Seperti biasa, kaunselor ialah tempat rujukan...camna ni zam...cuba bagi idea mcamana nak hapuskan nyamuk...erkkk..nak fikir tapi baru je kena gigit ngan nyamuk...sibuk mengaru-garu...maaf...tak boleh fikir Hjh..
Sewaktu dalam perjalanan ke kantin aku terlihat seorang bapa murid duduk di situ...mungkin ada urusan agaknya. Dia senyum...sudah pasti kaunselor kena senyum balik.. tapi mata aku tertumpu pada seekor nyamuk di pipinya...Nak tampar nanti dia tampar aku balik....emm...nak bagitau ...kena susun ayat dulu.....sedang aku berfikir-fikir....aku lihat perut nyamuk semakin membuncit dengan darah......tolong apa aku harus buat???? Nyamuk....tolonglah....pergi.

Tuesday, February 8, 2011

Saya Nak Jadi Doktor......

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.Bukti akal fikiran seseorang ialah tingkah lakunya, dan bukti ilmunya ialah perkataannya.
Masuk ke kelas hujung kadang kala menuntut kita lebih berfikir dan sentiasa berusaha mendalami masalah yang melanda mereka. Aku lihat ramai yang takut-takut untuk memberi pandangan. Masih rendah diri dan selalu merasakan diri bodoh dan lemah. Sangat kurang motivasi.
PC Doctor SMALL image Pictures, Images and Photos


Ok hari ini kita berkongsi cerita dengan cikgu...nak tak? Kita cerita pasal cita-cita. Aku mula membimbing agar mereka lebih berkeyakinan untuk bercakap. Rata-rata memberi maklum balas kerjaya yang biasa dan ada yang tidak pasti mahu jadi apa bila dewasa. Ada pula yang hanya ingin mewarisi pekerjaan bapa yang memerlukan perahan tenaga yang kuat. Namun ada seorang yang menarik hati aku apabila dia mengangkat tangan. Cikgu...saya nak jadi doktor. Haahahahhahaha....deraian ketawa kawan kelas membuat muka dia merah padam. Sains pun tak lulus berangan nak jadi doktor.....ejek kawan-kawan. Aku menenangkan kelas dan menjadikan semangatnya sebagai contoh. Pantas fikiran ku menerawang pada satu insiden sewaktu membawa ibuku seorang cikgu pencen ke hospital. Cikgu....cikgu tak kenal saya...sapa seorang doktor muda yg kacak. Ibu asyik memandang....siapa? Saya Adi la cikgu (bukan nama sebenar...kalau nama sebenar pun takpe kan dah jadi doc) . Adi?...aku lihat mata ibu bulat besar.....hey...macamana boleh jadi doktor...bukan ke dulu awak tak pandai baca...Doktor itu senyum.. terima kasih cikgu kerana bimbing saya. Aku pandang pada muka murid tadi...mungkin dia ini bakal doktor.......


ANALISIS MINAT KERJAYA HOLLAND
(Ujian Self-Directed Search (SDS))
Enam kelompok kerjaya manusia iaitu:-
a. Realistik - Persawatan, Sains, Penghitungan, Kerja Luar
b. Investigatif - Sains
c. Artistik - Muzik, Seni, Sastera
d. Sosial - Khidmat Sosial, Daya Pujuk
e. Enterprising- Penghitungan, daya pujuk dan khidmat 
    sosial
f. Konvensional - Penghitungan/kira-kira
Jawab 160 soalan Ya/ Tidak dan ambil 3 jenis minat kerjaya yang tertinggi. Jemput datang ke bilik kaunseling, cikgu bantu kamu dalam ujian ini. Bagi anak-anak lain...jumpa dengan kaunselor kamu untuk ambil ujian ini.

Monday, February 7, 2011

Cuti Pun Ada Kerja Rumah.....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Kekuatan diri tidak datang dari kemampuan fizikal seseorang tetapi ianya datang dari semangat individu yang tidak pernah mengalah. Saya nak bercuti cikgu....cubalah faham. Ni tidak...time cuti le bagi kerja rumah berlambak-lambak. Tolonglah mengerti.......
homework Pictures, Images and Photos
Kenapa cikgu suka menyusahkan murid-murid. Sekarang bila tak siap, nak denda pulak. Wah....bagusnya statement....Kecil hati kitakan teman-teman guru....Membantu dianggap menyusahkan.Sebenarnya kerja rumah sudah sinonim dengan kehidupan pelajar-pelajar di Malaysia. Kerja rumah telah menjadi sebahagian besar kehidupan para pelajar di sekolah rendah, menengah dan menengah atas.Walaupun terdapat banyak laporan dalam media yang mendakwa bahawa pelajar dibebani terlalu banyak kerja rumah, namun ia terus menjadi suatu amalan biasa hampir setiap hari kerana kerja rumah terbukti menyumbang terhadap pencapaian akademik yang cemerlang.

Sebelum kamu rasa sakit hati pada cikgu kamu yang beri kamu banyak kerja rumah masa cuti....jom kita kongsi kebaikan yang kamu dapat bila kamu buat kerja rumah.
a.menjadikan kamu berpengetahuan dengan kemahiran yang telah
   telah diajar.
b. Kerja rumah tu sebagai latihan tambahan supaya kamu lebih
    bijak.
c. Supaya kamu menguasai topik dan menjadi lebih mahir lagi.
d. Ia sebagai latihan mengulang kaji pelajaran di rumah ...two in
    one!
e.Kerja rumah akan membuat kamu berusaha dengan membuat
   rujukan. Bertambah ilmu..
f.Memberi kamu peluang berbincang dengan rakan-rakan tentang
   ilmu.
g. Ia mengelakkan kamu daripada membuang masa dengan sia-sia
    di rumah. Kamu boleh mengisi masa lapang dengan betul.
h. Siapkan kerja rumah yang diberi akan meningkatkan prestasi
    kamu dan kamu akan mendapat keputusan yang baik dalam
    peperiksaan.
Bagaimana? Sakit hati lagi pada cikgu kamu?



Tuesday, February 1, 2011

Banjir.....Empati Itu Perlu!

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....Sesiapa yang tidak pernah merasai pahitnya kesusahan tidak akan mengenal manisnya kesenangan. Masih bercuti di kampung...kerana kami diperuntukkan cuti seminggu. Di sini sesi persekolahan masih berjalan dan mereka hanya bercuti pada hari Khamis. Hujan turun tanpa henti-henti...lambakan baju yang tidak kering masih tersidai di ampaian.Cuaca sejuk dengan aroma bau hujan yang kuat menusuk hidung...Angin bertiup dingin....angin banjir ni...
Ni laluan aku nak balik .......lepas tak nak lalu....
Sedih dan empati melihat daerah yang dilanda banjir... kasihan sungguh...tentu banyak kos yang perlu ditanggung akibat kerosakan dek air banjir. Itu belum lagi keselamatan nyawa. Bagaimana sambutan perayaan bagi kaum cina...Apa pun walaupun kita tidak terlibat dengan bencana ini, demi nilai kemanusiaan dan nilai yang ada dalam ilmu kaunseling....empati itu perlu.Empati adalah interaksi atau hubungan antara manusia. Kita mampu merasakan situasi emosi orang lain, maka kita boleh membina hubungan yang akrab dengan orang lain. Ia berbeza dengan simpati.Kita hanya merasa kasihan dgn kondisi seseorang .Kalau kita empati, seolah kita yang merasakan kejadian tersebut. Jadi bila musim banjir ini...apa lagi makanan yang enak untuk dijamah.

sedapnya makan .....ubi empuk dan gebu....
Tentulah ubi kayu rebus cecah kelapa atau sambal ikan bilis. Makan nasi panas dengan lauk sardin pun sedap.


bertambah-tambah kalau makan dengan nasi dan telur
Aku capai kunci kereta terus ke kedai cari bahan untuk masak menu banjir.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails