Pages

Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR..... 1.1.11....

Salam tahun baru anak-anak dan teman-teman...
Happy New Year Pictures, Images and Photos

Hari ini 1.1.11...Angka cantik. Tahun baru sudah menjelang....Selamat tinggal tahun 2010...semua memori indah dan pahit telah kita lalui....semoga pengalaman tersebut menjadikan kita  insan yang lebih elok pada tahun ini...Azam baru pasti tersemat di dada....sudah ada perancangan tinggal dilaksanakan sahaja. Buat semua temanku dan kalian yang memberi sokongan pada blog ini...ribuan terima kasih aku ucapkan...semoga Allah sentiasa bersamaku untuk tujuan ini. Harapan agar tahun 2011 memberi lebih sinar dalam hidup ku dan juga hidup kalian. Selamat Tahun Baru...Happy New Year..

MESYUARAT GURU SK SRI SKUDAI 2011

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......

 
Guru J-Qaf berbincang dengan serius...
 28 December 2010 semua guru SK Sri Skudai hadir mesyuarat pengurusan bagi tahun 2011. 
Guru Panitia Muzik sibuk merancang program

Berdebar-debar menantikan tanggung jawab yang akan dipikul pada tahun 2011. Nampak wajah-wajah gembira apabila bertemu dengan teman-teman yang lama tidak bersua. Riuh berkongsi cerita semasa rehat...deraian ketawa menandakan ukhwah yang erat antara mereka. Secara keseluruhannya semua guru berpuas hati dengan tugasan masing-masing...namun ada juga yang kurang berpuas hati tetapi tetap ingin mencuba melaksanakan tugasan.



Guru Pengawas mungkin ada idea untuk meningkatkan disiplin
   Amanat Tn Guru Besar dan kata-kata perangsang memberi inspirasi kepada semua untuk berkhidmat lebih cemerlang. Ramai guru baru yang bertukar masuk ke SKSS. Selamat datang saya ucapkan. Bagaimana komitmen guru-guru pada tahun ini ?....gambaran awal yg boleh diberi semua guru  segar dan kaya dengan idea baru.

Bagi guru yang bertukar bertugas di blok yang

Pengerusi Panitia Moral
berbeza (naik pangkat)....mungkin kena biasakan diri mendaki tangga yang /arah yang berlainan dari tahun
lepas. Teruskan usaha kalian menjahit
langsir/alas meja/skirting untuk
mewujudkan kelas kondusif.
Sejuk mata memandang kelas-kelas

yang cantik.....murid tak pandai pun
suka datang sekolah.

 
Harapan agar kita bekerja dalam satu pasukan dan janganlah kita menjadikan rakan setugas sebagai batu loncatan untuk kita lebih menyerlah.



Guru-guru transisi juga berkobar-kobar utk kembali bertugas



 


termenung jauh guru english tahun 6...memikirkan strategi..
 









Wah!!...SKSS dapat khidmat pengusaha kantin baru setelah sekian lama menunggu.....Cantik sungguh dekorasi menyebabkan hati ingin ke kantin selalu....(macam tak banyak kerja je)...dulu asyik merungut aje...sekarang bila ada pengusaha yang baru...merungut juga....antara rungutan top 5...banyaknya lauk....sedap....sedap tak tau nak pilih yang mana satu....hehehehhehe...
Berkhidmatlah untuk anak didik kita....







MAGIKA VS HANTU KAK LIMAH

Salam sayang anak-anak dan teman-teman........
Tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya...aku masih berusaha untuk menulis entri untuk blog aku...harap jangan kalian menuduh aku menulis cerita picisan hanya untuk memenuhi cerita di blog ini....Sepanjang tahun ini, aku selalu membawa anak-anak aku menonton wayang...seleksi cerita perlu....cerita yang dapat membantu perkembangan FERI anak harus diberi pertimbangan....Cerita MAGIKA...memberikan kami kepuasan selepas menonton.
 Aku ingin menilai hasil kerja kreatif KRU membuatkan aku juga beria-ria apabila suami tersayang ingin membawa anak-anak menonton. Pertama kali aku lihat.....penonton cerita melayu yang tidak bangun dari tempat duduk walaupun cerita sudah habis....hebat...hebat KRU...kreatif dan inovatif. Walaupun ada kritikan yang mengatakan itu idea tiruan daripada cerita Alice in Wonderland...aku kira tidak salah meniru perkara yang baik untuk kebaikan bersama......
Beralih pula pada hasil sentuhan Mamat Khalid....apabila tahu cerita Kak Limah adalah sambungan cerita Zombie Kg Pisang....cerita itu tidak termasuk dalam pilihan aku....Sehingga aku balik ke kampung dan adik ipar aku beria-ria mempromosi cerita tersebut...(kerja dengan Mamat kah dia?) Lalu aku sekeluarga pergi le menonton....duduk aje...pawagam penuh dengan orang...Best ke cerita ni.....? Permulaan yang seram dan dicampur dengan lawak yang menyebabkan kami sekeluarga ketawa terbahak-bahak...alahai Mamat....kreatif betul....Aku suka masa Awie nyanyi lagu Cinta Kristal....bestttt!!!!Apa nilai yang harus aku beri kepada cerita Mamat nih.....yang pasti selepas menonton dan berjalan ke arah parking .....otak aku terasa sangat ringan......Thank you Mamat...

HARI KELUARGA....FAMILY DAY...

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
Dua orang bersaudara ibarat sepasang tangan, yang satu akan membantu yang lainnya

moment yang sukar diganti dengan wang ringgit
Hari keluarga.....perlukah? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Hari Keluarga....Aku baru aje berkumpul bersama semua adik beradik aku untuk menjayakan Hari Keluarga kami...objektifnya cuma satu nak menggembirakan hati ibu yang sudah tua...selain dapat duduk bersama-sama adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara melakukan aktiviti dan bertukar-tukar cerita. Terima kasih buat semua.....apa yang dapat aku rumuskan bahawa Hari Keluarga amat perlu untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga....Kasih ibu membawa ke syurga ....kasih saudara ku harap bukan hanya masa berada.......

SAMPAH .....NAK BUANG DI MANA???

Salam sayang anak-anak dan teman-teman......
Kita membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.
Aku baru balik bercuti...tak pergi jauh hanya kat Malaysia...membawa anak-anak bergembira sebelum mereka mula memerah otak untuk tahun baru. Bila sebut anak-anak tempat yang mereka suka sudah tentu la bukan sama selera kita. Kalau selera aku tentu tempat shopping dengan lambakan barang murah-murah...tapi tahun ini aku sudah sepakat dengan suami tersayang untuk mengikut pilihan anak-anak. Sepanjang percutian...kami ke tempat awam...taman tema air menjadikan anak-anak aku melonjak kegembiraan.....$$$$$$ sudah pasti untuk tiket masuk....

terjumpa papan tanda ni......siniskan...
Aku menjadi sangat kecewa dengan sikap segelintir kita yang masih tidak mahu membuang sampah di tempat yang disediakan...Keluar aje dari pintu......lambakan sampah bertaburan di jalan....tag masuk, gelas minuman, bungkusan makanan....berselerakan....depan mata aku seorang lelaki membaling kotak rokoknya....mengapa jadi begitu...aku rasa kecewa kerana aku lihat tong sampah telah disediakan...adik ipar aku juga merungut..(dia juga cikgu...agaknya semua cikgu begitu kot). Takkan mentaliti masyarakat kita masih ditahap rendah untuk memahami bahawa membuang sampah haruslah di tong sampah. Itu yang kita ajar anak-anak kita. Di rumah sudah pasti anak kita tidak mencampakkan sampah di ruang tamu...sudah pasti dia akan membuangnya ke dalam tong sampah....sikap ini sudah pasti dipraktikkan dimana jua dia berada. Di mana silapnya....anak aku juga kadang-kadang ingin membuang sampah merata-rata ...itu pun bila kedudukan tong sampah agak jauh tetapi aku akan berusaha agar sampah itu tidak dibiarkan bersepah-sepah. Akhirnya beg tangan aku le menjadi tempat transit sampah sebelum berjumpa dengan tong sampah.... Berbeza dengan satu tempat yang aku kunjung semasa percutian baru-baru ini.. Wisel akan ditiup setiap kali pengunjung tempat awam itu melakukan kesalahan....prewiiiit....prewiittt....Aku ajak anak aku duduk bersama...jom kita main game nak....game apa mama?..Kita teka apa kesalahan yang dilakukan setiap kali wisel berbunyi...anak aku senyum....

Marathon Tulis Blog......

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
Tahun baru hampir menjelang....hasrat hati  menulis 100 entri untuk blog ini pada tahun 2010 mungkin tidak tercapai....tertangguh akibat komitmen lain dan baru aje pulang bercuti bersama anak-anak. Cerita apa dan nilainya juga harus diambil kira....Aku bukan penulis blog yang hebat cuma niat untuk berkongsi dengan kalian apa perkara baik yang aku temui.Tidak mengapa aku hanya ada beberapa jam saja lagi sebelum tahun baru....Aku cuba....

SABAR BILA MUSIBAH TIBA..

Salam sayang anak-anak dan teman-teman,
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi akan manis jua akhirnya.
Musibah datang tanpa diminta...tanpa diduga...bagaimana kita manusia yang lemah ini berdepan dengan musibah yang melanda. Sangat empati rasanya aku bila mendapat tahu Guru PPda aku En.Arfanizam B Aris yang banyak membantu aku dalam urusan pendidikan pencegahan dadah di SKSS ditimpa musibah.


Jangan lupa makan ubat tau.....
 Beliau seorang insan yang baik....yang selalu membuat kerja tanpa rungutan dan alasan. Terbayang wajah isterinya yang juga guru di sekolah SKSS...muram, sedih dan sentiasa berlinang air mata mengenangkan orang tersayang sakit. Niat baiknya berkorban untuk menyelamatkan ibunya sehingga dia cedera wajar dipuji....Sabar ye dik...kami semua berdoa agar kamu sembuh seperti sediakala dan dapat menjalankan tugas pada tahun 2011...Buat isterinya...kasih sayang adalah pengubat segala duka....

Wednesday, December 22, 2010

KEPUTUSAN PMR ESOK????

Salam sayang anak-anak dan teman-teman....
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
Esok result PMR akan keluar....malam ini mesti ramai calon-calon PMR 2010 tak lena tidur...tak lalu makan...asyik berpeluh .....asyik sakit perut. Normal tu....masa cikgu dulu pun sama....takut yang amat. Bimbang kalau tak lulus macam mana...ugutan mak kalau gagal kahwin le jawabnya....Kalau best friend kita dapat result lagi best...camna....kalau boyfren/girlfren result lebih cemerlang camna....dapat ke hadiah lumayan yg ditawarkan oleh ayah.....issshhhhh byk nak fikir....
Walau apapun keputusan yang bakal diperolehi esok, cikgu doakan yang terbaik buat kalian semua...terutama ex-student SKSS...Bagi teman-teman yang ada anak yang tak leh tido malam ni....pun doa saya semoga kecemerlangan akan berada di pihak kalian..Insya Allah.

Monday, December 20, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH.....YIPPIII!!!!!

Salam sayang teman-teman dan anak-anak......
Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati"
Rasa hendak ke sekolah...tengok-tengok bilik kaunseling aku...Rindu pulak tiba-tiba...Apa khabar agaknya?....Mesti ramai rakan-rakan aku yang mempunyai komitmen tinggi sering ke sekolah untuk membuat persiapan awal 2011.
Aku bersiap dan terus ke sekolah untuk melihat bilik kaunseling yang aku sayangi....hehehhe...Sampai di bilik aku terus membuka pintu...masih sama cuma sedikit berhabuk...Aku meninjau-ninjau suasana bilik....cukup kondusifkah untuk klien aku pada tahun 2011? Pantas tangan aku mencatat ( akukan suka mencatat tapi buat ke tidak?) apa perkara yang harus aku lakukan untuk tahun depan....Dalam hati sudah berazam untuk melakukan beberapa perkara untuk unit kaunseling aku...Awalnya azam tahun baru.....jangan tak buat sudah......


Friday, December 17, 2010

KASIH DAN KASIHAN....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
"Tanpa permulaan, kamu tidak akan sampai ke mana-mana"
Kasih akan aku dan kasihani lah aku
Soalan ini biasa ditanya kepada semua orang....sayang ibu kamu?  sayang ayah kamu? sayang isteri kamu? sayang suami kamu? sayang anak kamu? Dan sudah pasti jawapannya sayang.....
Perasaan kasih dan sayang akan datang seiring tetapi adakah kasih hadir bersama perasaan kasihan?
Sikap kamu kalau berterusan begini akan merugikan kamu....kenapa kamu pilih jalan yang akan menyusahkan diri kamu nanti. Siapa yang paling sedih bila tahu apa yang telah kamu lakukan? Emak saya cikgu...Kamu sayang ibu kamu? Mestilah sayang cikgu.....kalau sayang kamu tak akan melukai hatinya....Kamu kasihan tak pada ibu kamu? Dia sudah penat menyediakan semua keperluan kamu, makanan, minuman, duit, alatan sekolah dan sebagainya....cikgu harap sangat kamu dapat memandang ke wajah ibu kamu dan terbit rasa kasihan di hati....bila dua rasa ini bersatu...kamu tidak akan sesekali cuba melakukan perkara yang menyakitkan hatinya. Dia pandang pada ku....Aku harap dia mengerti...
Aku juga kasih ibuku....tetapi bila ada rasa kasihan terhadapnya.....aku ingin selalu membantunya.....Aku kasih dan kasihan padamu...mak....

Thursday, December 16, 2010

SURIRUMAHTANGGA SEPENUH MASA

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
Waktu sangat berharga, oleh itu janganlah kamu habiskan waktu itu kecuali untuk sesuatu yang berharga"


Entri ini untuk teman-teman guru ku...yang sekarang sedang bercuti dan menjadi surirumahtangga sepenuh masa...Syabas dan tahniah saya ucapkan. Bagaimana perasaan anda ketika ini?....Anak-anak akan ada bersama kita 24jam...tidak dihantar ke nursery....Bermula awal pagi...otak sudah sibuk memikirkan apa sarapan yang perlu dimasak...ye la masa ni nak masak kerana masa hari sekolah selalu beli kat gerai Kak Yam aje...Mencuci pinggan mangkuk dan membasuh baju...kemudian menjemur pula....vacum lantai rumah....mengemas ruang tamu dan bilik tidur. Suara anak-anak bermain tak payah cakap la. Bisingnya tidak terkawal. Kalau kat sekolah boleh kita minta tolong pengawas mencatat nama. Ni anak kita yang pengawas pun bising juga bila bermain di rumah. Sudah siap mengemas dapur, ruang tamu pula macam tongkang pecah....suara dah macam tarzan mengeluarkan arahan. Siap mengemas di ruang tamu, dapur berselerak semula....mug milo, habuk biskut, pinggan ada banyak semula. Tak nak tolong ke diaorang ni. Kasihan kat aku. Sabar aku  surirumahtangga cuma sebulan....semangat....semangat...Mama lapar.....dah masak nasi? Ohh...nasi pulak ye....masak lagi... nak kena fikir lagi menu apa....mengemas lagi....petang....lapar lagi....Masa ni la kita nak tebus kesalahan tidak menyediakan kuih muih yang lazat untuk orang tersayang. Keluarkan buku resepi ...masak.Kalau keluar main....aman le sikit suasana. Boleh menarik nafas lega...Masa mandi....sure kecoh dalam bilik mandi....tuala..baju kotor bersepah-sepah. Lapar lagi...nak makan mama...Siapkan hidangan...rutin sama membasuh pinggan mangkuk...Senyap....oh...alangkan tenangnya suasana...mesti semua sudah tidur....Boleh aku membuat kerja aku dengan aman tanpa gangguan....tapi sangkaan ku meleset...jam 1.00 pagi...mama lapar...boleh buatkan sandwich....Uwaaaaa.......
Aku nak jumpa seorang surirumahtangga sepenuh masa...aku nak tabik padanya...anda betul-betul hebat!!!!

BLACK OR WHITE....DUA TONA LEBIH CERAH

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri''
Skin Colour Pictures, Images and Photos

Kenapa kamu berdiri sorang-sorang di sini? Pergi la duduk bersama kawan-kawan....Saya malu cikgu...kulit saya hitam..mereka selalu ejek saya dengan pelbagai gelaran. Aku teringat semasa aku kecil aku juga berkulit hitam...aktif dengan aktiviti padang dan gemar mandi laut menyebabkan kulit aku menjadi sangat hitam. Tiada siapa yang memberi semangat pada ku tika itu menjadikan aku seorang yang introvert dan selalu merasa aku hodoh...Aku cuba merasionalkan murid ku itu. Aku tidak mahu dia menjadi seperti aku.Aku tahu dia murid cemerlang dan aku cuba mengajaknya berfikir bahawa dia mempunyai banyak lagi aset yang cemerlang berbanding dengan kulitnya. Di rumah anakku pernah membangkitkan perkara yang sama...Kulit saya hitam la mama...kawan-kawan saya semua berkulit putih...Takpe....mama juga dulu berkulit hitam cuma sekarang dua tona lebih cerah (hehehe macam iklan la pulak)......yang penting hati kita putih dan bersih...

SAYANG AKU SEADANYA......

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.....
''Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting''
Love Me 4 What I Am Pictures, Images and Photos

Cikgu ayah saya tak sayang saya lagi.....saya sangat sedih....Tak baik kamu bersangka buruk pada ayah kamu. Ya cikgu...Dia selalu marah saya walaupun kesalahan yang saya lakukan kecil. Dia kata saya gemuk dan tak comel lagi seperti saya masa kecil dulu. Dia malu kalau kawan-kawan dia nampak saya. Dulu masa kecil, saya cute cikgu...ayah saya selalu bawa saya jalan-jalan dan suka bermain dengan saya. Sekarang cikgu tengok la....badan saya lebih besar dari cikgu...
Aku lihat wajahnya sangat sugul.....setelah aku meminta dia menyenaraikan beberapa kepercayaan salahnya tentang hubungan antara dia dengan ayahnya...aku lihat dia sedikit tenang. Namun masih ada garis kecewa di wajahnya...Cikgu saya sayang ayah saya. Walaupun dia juga sudah gemuk, rambut dia sudah beruban dan dia tidak setampan dulu...saya sayang dia seadanya....
Termenung aku.....ligat otak memikirkan adakah orang disekelilingku menyayangi aku seadanya...???


Tuesday, December 7, 2010

TAKUT LUPA...... KITA CATATLAH....

Salam sayang anak-anak dan teman-teman................
"Cara yang paling pantas melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa"

Apa nak buat ni.....lupa la pulak.......
Lupa lagi....asyik lupa aje!!! Aku paling takut lupa...lupa bawa barang, lupa beli benda yang penting, lupa siapkan kerja, lupa segala-galanya...tentu ada yang sependapat dengan aku....lupa kadang kala boleh membuat kita susah. Ada muridku yang tersayang didenda kerana lupa...lupa siapkan kerjarumah, lupa bawa buku dan lupa untuk menghantar buku kerja. Bagaimana ye hendak menangani masalah lupa?
Perkara yang sering aku amalkan dari dahulu sehingga sekarang ialah catat. Aku ada satu buku catatan khas untuk menulis semua barang yang hendak dibeli, semua barang yang hendak dibawa dan semua perkara yang hendak dibuat. Setakat ini alhamdulillah...aku tidak lupa...
Kadang-kadang sewaktu membeli baju anak pun aku perlu rujuk buku catatan aku. Berapa helai perlu...baju atau seluar....jenis bajunya...aku telah rancang dan sudah pun tulis. Pernah sekali aku bershopping di sebuah mall di KL. Sedang aku merujuk buku catatan , aku disapa oleh seorang kakak...Aikkk ...dik nak beli baju anak pun kena rujuk buku? Aku hanya tersenyum...mungkin dia hairan melihat aku sibuk menandakan barang yang telah aku perolehi dengan pen. Persepsi kita berbeza, ada yang mengatakan tak perlu catat pun boleh ingat.

Musim perayaan baru-baru ini membuat aku berfikir sekali lagi tentang pentingnya mencatat. Aku hendak membeli beberapa bahan mentah untuk dimasak. Maklumlah musim perayaan, pasar sesak dengan orang. Seperti biasa aku mencatat semua 30 jenis barang yang ingin aku beli. Ok semua sudah dapat...kecuali daun ketumbar dan nenas. Aku singgah disebuah gerai untuk membeli daun ketumbar. Setelah itu aku mengeluarkan pen dan buku catatan untuk menanda bahawa semua barang sudah kuperolehi. Sedang aku membuat semakan, ada seorang pak cik tua meninjau-ninjau buku catatan aku. Nak...boleh pak cik tengok buku anak....? Kenapa pak cik? Nak tengok takut-takut ada barang yang pak cik lupa nak beli...emmm ...aku terus menghulurkan buku catatan aku. Oh....ya...nak..serai, santan dan limau nipis...pak cik belum beli. Terima kasih le nak kerana anak catat...pak cik jadi ingat...dia mengembalikan semula buku padaku. Aku tersenyum sendiri..apa yang aku catat bukan sahaja membantu aku agar tidak lupa tetapi orang lain juga.........


Kongsi Bersama Tips Mengatasi Lupa
Just Do It 
 Jika kita diberi tugasan, sebaiknya lakukan sekarang juga. Jangan tunggu sampai anda  lupa.


To Do List 
 Jika tidak boleh untuk melakukan tips pertama, tulislah dalam to do list ( saya mengamalkan tips ini). Jangan lupa membaca to do list rutin setiap hari. Jangan sampai perkara yang sudah kita tulis tidak dilakukan kerana kita lupa membacanya.


Write It Everywhere 
 Kalau  penyakit lupa anda sudah kronik sehingga lupa membaca to do list, anda harus menyediakan papan kenyataan di mana tempat anda berada. Di meja kerja ada catatan , di bilik tidur ada catatan, dinding rumah dipasang whiteboard untuk dipinkan catatan anda.


Manfaatkan teknologi di sekitar anda
Gunakan PDA atau handphone atau komputer anda untuk menulis catatan anda. Teknologi ini akan mengingatkan anda tentang perkara yang anda rancang.


Minta bantuan orang lain
Minta tolong orang lain untuk mengingatkan anda apa yang anda perlu beli atau buat.


Walau apa pun cara yang digunakan samada cara moden atau cara lama.....lakukanlah supaya kita tidak LUPA.....






 










Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH~KE ARAH LEBIH BAIK ...MUNGKIN?

Salam sayang anak-anak dan teman-teman..............

Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua pengunjung  blog ini....Semoga Allah sentiasa memberkati kamu....

Pengertian Awal Muharram
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Awal Muharram atau  Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Di bawah terdapat doa akhir dan awal tahun



Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Dan Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Semoga tahun baru ini membawa sinar kebaikan kepada diriku....

Sunday, December 5, 2010

CINTA MONYET .....PUPPY LOVE.......

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......
''Kisah cinta yang sejati...... tiada penghujungnya''


Seorang murid lelaki dihantar ke bilikku. Apa pula masalah kali ini...Dengan memastikan bilik ku cukup kondusif untuk klien aku, sejak pagi lagi aku telah menyalakan lilin aromaterapi yang sangat menenangkan. Mungkin masalah dia besar...aku mesti bantu....Boleh kita kongsi cerita dengan cikgu....kenapa ye kamu tulis nota begitu....Dia pandang aku...diam...mungkin hubungan atas dasar percaya belum dapat dibina. Aku senyum....cikgu bukan nak marah...cuma nak tahu cerita....kita kongsi ok...Bibir kecilnya tersenyum. Saya suka dia....dia cantik...rambut dia cantik....tiap-tiap hari saya ingat pada dia. Masa cikgu ajar, saya lebih suka tengok dia daripada tengok cikgu...(patut la cikgunya marah sangat). Oohhh...soal hati rupanya.....ishhhh ingatkan masalah apa tadi. Bagaimana cara paling bijak aku menyelami kes ini...setelah berkongsi cerita dan melakukan penerokaan...murid itu minta diri untuk ke kelas. Bye...cikgu...jangan bagitau orang tau saya suka dia. Dia melambai-lambai tangan ke arah aku sambil tersenyum menampakkan giginya yang rongak kerana dalam usia 8 tahun proses pertukaran gigi susu ke gigi kekal berlaku....Bagaimana murid dalam usia yang muda sudah tahu berbicara soal hati. Aku sendiri kurang pasti bila aku terlibat dengan cinta monyet. Aku bersekolah di sekolah perempuan sejak darjah 1 hingga tingkatan 5...jadi aku tidak terdedah kepada sosialisasi hubungan berlainan jantina. Adalah sesekali aku menerima hadiah daripada murid lelaki sekolah lain yang menaiki bas yang sama dengan aku. Oleh kerana perasaan malu perkara itu berlalu begitu saja. Mungkin aku agak lewat untuk mengenali dunia cinta.....
Hadiah yang aku terima semasa aku di tingkatan 6...masih simpan sebab cute....
Kenapa agaknya cinta semasa remaja dipanggil cinta monyet/puppy love.....Cinta semasa di alam persekolahan, adakah ia perlu? Kalau ada remaja yang boleh meluahkan pendapat...amat saya hargai...tulislah diruangan komen setelah selesai membaca entri ini. Ramai ibu bapa yang membahaskan topik ini. Ada pro dan kontranya. Perasaan cinta ketika di bangku sekolah boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu had dan batasannya.
Antara nota cinta yang diambil daripada pasangan kecil
Perasaan untuk mempunyai pasangan tidak dapat dielakkan apabila melihat rakan mereka yang telah berpasangan. Hubungan ini mesti membawa kesan yang positif kerana mereka mempunyai pendorong dalam mencapai kejayaan dan bersama-sama meraih cita-cita.
Lagi nota cinta......
Kamu haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan, menghormati etika hidup bermasyarakat dan hukum yang ditetapkan oleh agama Islam . Kamu seharusnya sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.

dan lagi........
 Pasangan remaja mengatakan i love you, tetapi sebenarnya mereka tidak pasti mengapa dan kenapa mereka bercinta. Semasa bercinta semuanya indah belaka. Bila berlaku perselisihan, banyak hati yang terluka.......dan airmata kamu pasti mengalir.

Saturday, December 4, 2010

ROSAK.....ALA SAYANGNYA........

Salam sayang anak-anak dan teman-teman semua.....
"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"

Sebelum aku meneruskan coretan kali ini, ingin sekali memohon maaf jika kebanyakkan entri aku pada bulan ini kurang berkaitan dengan sekolah aku tersayang SK Sri Skudai. Bukan niat untuk menjadikan blog ini sebagai platform peribadi tetapi aku rasa tidak salah semasa bulan cuti sekolah aku menulis entri yang lebih santai tetapi masih memberi ilmu dan motivasi pada diri sendiri dan yang lain....Masih berpegang kepada niat lebih penting daripada segala-galanya....
Pernah barang-barang yang kalian sayang rosak? Macamana rasa? Walaupun kita mampu membeli yang baru...yang lama masih mempunyai memori indah....
Tahun ini menyaksikan banyak barang-barang yang aku sayang....rosak....Aku memang jenis sayang barang. Jenis yang lebih menghargai kerana untuk mendapatkan barang tersebut ada nostalgia manis pelbagai variasi yang sangat mahal.

Cikgu sekarang cikgu kena masuk ke kelas 4A....masa cikgu. Eh...ye ke? Bukan ke pukul 8.20? Sekarang dah masa cikgu. Aku melihat jam kesayangan aku. Jarumnya menunjukkan pukul 8.00...aku amat-amati...la jam ni dah mati. Aku fikir mungkin baterinya tetapi amat hampa apabila tauke kedai jam mengatakan jam itu sudah rosak dan tidak dapat dibaiki lagi. Sedih...murung....bila mengenang jam itu dibeli daripada rezeki yang tidak terduga yang disediakan oleh Allah buatku. Hampir hari-hari aku bercerita soal hati aku yang terkilan kepada yang tersayang. Agaknya boring dengan luahan hati yang over, aku dihadiahkan jam yang hampir sama bentuk tetapi lain jenama dan lain harga pada hari jadi aku. Wah! suka-suka...terima kasih ye.
Barang yang seterusnya rosak pada tahun ini...ialah camera aku. Bukan le mahal sangat tetapi aku suka kerana hasilnya boleh membuat orang yang kurang cantik menjadi lebih cantik......hehehehe ....magika!! Banyak merakam memori indah bersama keluarga dan teman-teman tersayang. Aku membeli camera itu pun ada ceritanya yang tersendiri. Antara yang lambat dalam mengikuti peredaran dunia gadget...aku masih menggunakan camera konvensional yang menggunakan filem. Diketawakan oleh adik beradik pada suatu sesi fotografi hari raya aku nekad membeli camera itu...
Ada yang rosak lagi..kali ini alat yang banyak membantu aku dalam urusan pembelajaran aku sekarang. Laptop pula.....hissshhhh.....sedihnya! Keyboard jammed tiba-tiba....mengeluarkan bunyi yang pelik dan menaip huruf-huruf yang kita tidak tekan pun butangnya.....janganlah ......tolonglah....banyak perkara yang aku perlu buat dengan alat ini.....nak tulis blog...nak fb...sama seperti jam tangan...kondisi laptop aku sudah kronik....pasrah atas ketentuan Allah...namun aku tetap dapat rasakan satu perasaan dihati yang sukar digambarkan.
Sudah hampir hujung tahun aku amat berharap agar janganlah ada barang aku yang rosak lagi. Sangkaan aku meleset....Cuti sekolah, ruang tamu rumah bertukar menjadi balapan stadium...anak berlari-lari dan terpijak handphone aku....Setelah semua anak aku dimasukkan ke mahkamah dimana aku le peguamnya. Semua teknik yang digunakan oleh Matlock telah diaplikasi ...namun tiada yang mahu mengaku........Rosak lagi?????? Ala...sayangnya!!!!!! Aku berikrar akan menggunakan semua ilmu psikologi yang aku ada untuk memujuk yang tersayang belikan aku handphone baru....yang mahal...hehehhehe....
 
Untuk diriku dan semua teman-temanku yang pernah bersedih



Friday, December 3, 2010

LAKSA SARAWAK AND MEE KOLOK

Salam sayang anak-anak dan teman-teman.......

"Kita menilai diri kita sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai kita berdasarkan apa yang telah kita buat"

Kenangan waktu pertama kali ke Sarawak


Sekolah sudah mula cuti. Biasalah bila cuti....tentu ada pergi ke tempat percutian menarik. Di puncak, di pulau, di seberang lautan.....Percutian aku tahun ini dimulakan dengan jalan-jalan dengan kawan-kawan. Wah ! tentu seronok....kami akan ke Sarawak. Percutian dengan keluarga belum lagi kerana tertakluk pada cuti suami. Sarawak....bumi yang cantik dan kaya dengan budaya etnik yang pelbagai. Perancangan untuk ke Sarawak dibuat sedari awal tahun lagi. Mengharapkan agar lebih ramai yang pergi namun yang ikut sudah cukup menggamatkan dan amat menggembirakan. Walaupun ini kali kedua aku ke negeri cantik ini tetapi lumrah lah bila berjalan mesti nak cuba makan yang tiada di tempat sendiri. Hendak beli barang yang tiada dijual disini. Kalau adapun harga sudah tentu mahal. Aku tidak mahu menjadi pengguna yang kurang bijak membeli barangan yang sama dengan harga yang berbeza.
Sungguh seronok rupanya bila berjalan dengan teman-teman. Boleh bertukar-tukar fikiran semasa membeli belah, singgah di semua kedai yang perempuan akan masuk. ambil masa yang paling lama tanpa ada orang marah....berlainan sedikit bila bercuti dengan keluarga.... Sayang...cantik tak kalau beli baju ni...? Cantik...cantik sambil matanya tidak langsung memandang ke arah baju yang aku tunjukkan...hairan....power betul sixth sense suami aku tanpa melihat dia kata cantik...Aku tahu...itu adalah signal supaya aku cepat-cepat pilih dan beli.Walupun begitu...sebenarnya bercuti bersama keluarga juga seronok. Teruja melihat anak-anak bila mencuba sesuatu yang baru...boleh berehat dan santai bersama suami tersayang....
Kami puas berjalan di tempat-tempat menarik di Sarawak. Mencuba keenakan laksa sarawak di Water Front, mee kolok di Pasar Satok, kek lapis di Dayang Salhah dan midin goreng di Barok Village....sedap...sedap...sedap....
Kenangan di negeri ini akan sentiasa menjadi memori indah buat aku....













LinkWithin

Related Posts with Thumbnails