Pages

Tuesday, August 31, 2010

MEDEKA....MERDEKA...MERDEKA

jalur gemilang Pictures, Images and Photos



Salam sayang teman-teman dan anak-anak.....
MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53....
persoalannya sudah merdekakah kita?

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH.

Sambutan di adakan di dataran kejat dirasmikan oleh Tn Guru Besar dengan memotong riben Satu Malaysia. Laungan merdeka dan nyanyian lagu patriotik menyemarak lagi suasana sambutan Hari Kemerdekaan.



Murid-murid menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.



Bila tiba Hari Kebangsaan teringat masa kecil-kecil dahulu. Sambutan dahulu kurang meriah berbanding sekarang. Mungkin kesedaran rakyat untuk mengibarkan bendera agak kurang. Aku masih ingat lagi semasa sambutan Hari Kebangsaan, aku begitu teruja untuk menyaksikan perarakan sempena sambutan tersebut. Berwarna-warni, perbarisan yang melibatkan ramai orang yang memakai pakaian seragam yang cantik.Pertunjukan udara yang membuat leher aku sakit kerana terlalu asyik mendongak. Barisan kereta kebal yang membuat aku memasang angan-angan untuk memandunya. Bila lagu Negaraku berkumandang...aku akan buka mulut besar-besar untuk menyanyi...biar semua orang dengar suara aku...walaupun tidak lah sedap mana. Kadang-kadang rasa macam nak raya pulak. Aku tanya ayahku....mengapa Hari Kebangsaan kita tak buat macam Hari Raya. Semua kaum menyediakan juadah masing-masing dan bolehlah kita menyambut Hari Kemerdekaan dengan beraya dari rumah ke rumah sambil mengibarkan bendera.Kawan-kawan semua sudah bersedia untuk berarak dengan basikal di kawasan perumahan dengan mengibarkan bendera. Aku juga membuat persiapan...mengadap emak untuk minta duit beli bendera. Bendera yang ada hanyalah berharga 30sen....dibuat daripada plastik dan dalam batangnya ada gula-gula berwarna-warni... Apapun semangat patriotik telah berjaya kita semaikan dalam generasi baru.....buktinya....Jalur Gemilang berkibar di merata-rata tempat.SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
DARIPADA SEMUA WARGA SK SRI SKUDAI...


Imanmysara














Sunday, August 22, 2010

SEBELUM TIBANYA IFTAR...

Salam sayang teman-teman dan anak-anak, Kebanyakan dari kita tidak pernah berasa syukur dengan apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai.
Belajarlah menghargai....
Beberapa aktiviti telah disediakan untuk murid-murid SK Sri Skudai sempena bulan Ramadhan.Ini bertujuan untuk mengelakkan murid-murid melakukan perkara yang tidak berfaedah semasa mereka sedang berpuasa.


INGIN DIKONGSI BERSAMA..
1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2.Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3.Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
4.Hendak tidur bacalah 4 ayat akhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
5.Berazam untuk bersolat tarawih 20 rakaat dan bukan 8 rakaat.
6. Bertadarus.
7.Solat berjemaah setiap masa.
8.Solat berjemaah di majid atau surau.

9.Amalkan Qiyamullail walaupun sekejap
10.Melewat-lewatkan waktu sahur.
11.Sahur- untuk menggelakkan makanan tidak hadam, jangan makan makanan pedas dan tutup sahur dengan minum segelas susu.
12. Kurangkan tidur
13. Tunaikan solat sunat subuh.
14. Tunaikan solat sunat dhuha.
15.Tidur waktu cuti ( 1 jam sebelum Zohor)
16.Jaga pancaindera
17.Elak gosok gigi pada waktu petang.
18.Hadiri majlis imu.
19.Buat baik pada ibu bapa.
20.Banyakkan bersedekah
21.Elakkan berbelanja berlebihan
22.Kuatkan kesabaran
23.Banyakkan bersalawat
24.Elak mendengar/menonton bahan berunsur hiburan
25.Berdoa dengan nada lembut dan merayu
26.Solat di awal waktu
27.Kurangkan bersiar-siar


Imanmysara

Saturday, August 21, 2010

TIPS-TIPS CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

Salam sayang teman-teman dan anak-anak semua....Lama tidak bersua....dan berkongsi cerita.Buat anak-anak yang sedang mengulangkaji pelajaran untuk persediaan peperiksaan, semoga sentiasa berusaha dan jangan berputus asa.

Tips-tips Cemerlang dalam Peperiksaan

goodluck on your exam Pictures, Images and Photos
Peperiksaan seperti sebuah medan tempur untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan kecekapan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah (UPSR) mahupun peringkat menengah (PMR) , mahupun alam pekerjaan juga peperiksaan sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan disahkan dalam jawatan. Di sini saya ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua...... Insya Allah


Sebelum Peperiksaan :
  • Nawaitu menduduki peperiksaan untuk mencari keredhaan Allah.(bagi yg beragama Islam)
  • Faham kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran awal format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, jenis soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya)
  • Kelaskan peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat pelan ulangkaji strategik .Jadual belajar sepanjang sesi persekolahan dan penekanan terhadap subjek dalam masa sebulan atau tiga minggu sebelum peperiksaan bermula.
  • Target markah atau gred untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, sasarkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai motivasi, contoh ; A untuk semua subjek.
  • Tulis goals yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita berusaha untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam UPSR/PMR 2010
  • Bina team strategik untuk berkongsi ilmu. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan kawan-kawan yang bagus dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang pakar dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah lain.
  • Jangan berkira untuk ajar kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Sentiasa merujuk kepada guru jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada semasa dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di internet pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang jika format tidak berubah. Perhatikan bentuk soalan yang dibuat guru dan kuasai cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan hati dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia terganggu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita menyukai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


Semoga semua calon-calon yang akan menduduki peperiksaan dapat menjawab soalan dengan tenang dan didoakan agar beroleh kejayaan buat semua. Terima kasih kepada penyumbang sumber...saya panjangkan kepada anak-anak didik saya.

Imanmysara

Friday, August 20, 2010

~DIA TETAP DISISI 2~

Salam sayang teman-teman & anak-anak...........terima kasih kepada semua kenalan, kawan dan sahabat yg sudi singgah di sini dan memberi sokongan dan idea pada entri 'Dia Tetap Disisi ku'.Satu persoalan yang sering berlegar-legar di fikiran ialah sudahkah kita mempunyai sahabat sejati?

UNTUK DIKONGSI BERSAMA


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
5.Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6.Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7.Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya dan tidak mencerita kepada yang lain.
8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan bertanyakan kesusahan kamu
10.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
11.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
12.Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
13.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan
14.Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
15.Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.



Sebagai anak-anak remaja yang sekali sekala terlepas daripada pandangan ayah dan ibu, kamu hendaklah berhati-hatilah jika memilih kawan. Ini adalah kerana kawan, kita boleh bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Imanmysara

Wednesday, August 18, 2010

~PROGRAM SOLAT HAJAT UPSR~

Salam sayang teman-teman dan anak-anak......hidup akan lebih bererti dengan senyuman...... Panitia Pendidikan Islam bersama-sama dengan Unit Kecemerlangan UPSR telah mengadakan Program Solat Hajat di Dewan Tun Hussien Onn, Sk Sri Skudai. Semua guru yang terlibat bertungkus lumus menjalankan tugasan masing-masing.Terima kasih dan tahniah


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang

UNTUK DIKONGSI BERSAMA



sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”


Imanmysara

~ DIA TETAP DI SISI~

Salam sayang teman-teman & anak-anak....Kehidupan akan lebih bererti sekiranya kita tahu menghargai apa yang kita punyai. Semoga sentiasa bersemangat untuk menjadi yang terbaik.
Entry kali ini saya ingin sentuh tentang orang yang rapat dalam hidup kita selain keluarga.

S A H A B A T



Suasana di ruangan ini tidak menyenangkan. Amat menakutkan dan membuat hati berasa amat risau. Mata aku tepat memandang ke arah tubuh kurus anakku. Amat tidak bermaya dan pucat. Dianogsis doktor telah membuatkan hati aku amat bimbang dan sedih. Bila melihat di kiri dan kanan, pesakit kanak-kanak yang hanya terbaring lesu....kepala yang botak dan tubuh kurus dililit berbagai jenis wayar membuat otak aku berfikir yang bukan-bukan. Berminggu-minggu aku duduk menemani anakku....berminggu juga aku murung. Pada satu petang...ya aku ingat lagi...selesai solat asar, aku dikunjungi oleh seorang teman....hadirnya dia untuk melawat anakku yang sakit. Sehingga kini aku masih ingat kata-katanya....kata-kata yang menyebabkan murung aku berlalu. Katanya....sabar ye...Allah ingin menguji dan banyakkan berdoa....walaupun sakit belum tentu dia yang pergi dulu....kadang-kadang yang sihat yang lebih dulu pergi meninggalkan kita. Senyumannya masih kekal terpahat dalam kotak mindaku. Kata-kata itu amat membantu memberi sokongan supaya aku lebih bersemangat. Dengan iringan terima kasih, temanku pulang.Tidak sampai beberapa minit, telefonku berbunyi. Suara halus bertanyakan temanku tadi. Berita yang diterima menyebabkan aku terduduk. Suami temanku ditimpa kemalangan jalanraya dan telah meninggal dunia. Aku lantas bangun dan berlari untuk mencari dan memeluk temanku.....Kali ini aku pula akan membantu memberi semangat padamu...





KENALAN


Hanya orang-orang yang kita kenal dan tahu nama dan rupa mereka tetapi tidak rapat dengan mereka. Kadang-kadang kita cuma ingat nama ayahnya sahaja tetapi namanya tidak berapa pasti.Diri dan wajah mereka tetap dapat dicam kerana otak lebih mengingat imej daripada perkataan.
Hubungan antara kenalan hanya senyum, memberi salam, bersalam-salaman , bertanya khabar dan kemudiannya segera meminta diri.
Saling mengenali tetapi tidak rapat dan tidak berasa rindu walaupun lama tidak bersua. Mereka bukan sebahagian dalam hidup kita. Bukan juga orang yang kita mahu duduk makan bersama dan berbual lama.


friendship Pictures, Images and Photos


KAWAN

Inilah orang yang berada bersama-sama dengan kita sewaktu di sekolah, atau universiti dan tempat kerja.Setiap hari dan sepanjang masa kita akan bertemu dengan mereka.Kita juga boleh bergurau senda dengan mereka. Kawan ialah orang yang membesar bersama kita, satu kelompok semasa di universiti dan sekumpulan semasa bekerja. Kita tidak kisah bila tidak berhubungan selepas selesai tugasan dan aktiviti bersama.Kawan juga tempat kita berbual dan bertukar-tukar fikiran. Kalau ada kelapangan,kita akan menghubungi kawan kita. Bila terpisah,jarang kita dapat berhubung lagi sekiranya tiada inisiatif untuk mencari mereka kembali .Sebagai kawan apabila bersua kembali, kita masih boleh berbual panjang.



SAHABAT
Orang ini kita kenali sejak dari dulu hingga sekarang Walaupun terpisah jauh tetapi masih menggunakan semua jenis alat komunikasi untuk berhubung. Hubungan sangat akrab. Semua perkara rasa ingin dikongsi bersama. Ketawa bersama dan menangis juga bersama. Masalah kita masalah bersama.Kesenangan kita kesenangan bersama. Apabila terpisah jauh, kita akan berusaha untuk bertemu dengan sahabat di majlis-majlis. Bila bertemu, kita tak berhenti-henti bercerita. Menghulur bantuan bila perlu, menerima kita seadanya, empati dengan musibah yang melanda, membantu menghilangkan kesedihan, meringankan beban kita dan semuanya dilakukan dengan ikhlas tanpa bayaran material.
Inilah sahabat...seperti saudara kandung sendiri.


SUDAHKAH KITA MENEMUI SAHABAT SEJATI?'
TERIMAKASIH BUAT SEMUA SAHABATKU DIMANA JUA KAMU BERADA
SUDI KONGSI CERITA SAHABAT ........

Imanmysara








Tuesday, August 17, 2010

~SAYA MURID BERSAHSIAH~

Salam sayang teman-teman dan anak-anak....apa khabar? Lama tidak berkongsi rasa dan cerita. Minggu yang agak sibuk.....

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sri Skudai telah mengadakan satu program bagi memupuk sahsiah mulia dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri murid-murid sekolah. Anak-anak kecil harus diberi bimbingan sedari awal. Terasa seronok apabila ucapan salam & selamat tidak putus-putus keluar dari mulut comel mereka apabila berselisih dengan guru-guru. Gembira rasa bila melihat anak-anak membongkokkan badan apabila lalu di depan orang tua. Bangga juga bila mendengar kata-kata lembut dituturkan sesama rakan sebaya. Itulah budaya yang cuba diterapkan ke dalam diri anak-anak
SK Sri Skudai.
Program ini dilaksanakan sepanjang tahun. Guru-guru akan menyenaraikan calon-calon yang layak untuk dianugerahkan murid bersahsiah. Calon akan dipantau oleh panel penilai dan murid ini akan dianugerahkan lencana murid bersahsiah , sijil berserta hadiah. Penyampaian anugerah ini akan dilaksanakan secara rasmi semasa perhimpunan.

10 CIRI MODAL INSAN MURID BERPRESTASI TINGGI

1. Kepercayaan kepada diri sendiri yang tinggi.
2.Mempunyai sikap yang amat bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
3. Memiliki misi peribadi yang jelas dan menyakinkan.
4.Sering merangka perancangan dan memiliki jadual waktu harian.
5.Mempunyai ketahanan diri dan daya juang yang tinggi
6. Pengurusan diri yang efektif.
7. Kemahiran interpersonel yang baik
8.Sentiasa tenang dan mempunyai jiwa yang aman.
9. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri secara berterusan.
10. Menghormati diri sendiri dan orang lain.
Imanmysara

Friday, August 13, 2010

AKU RINDU PADANYA....

Salam sayang teman-teman...harap masih mampu meneruskan tugasan harian di bulan Ramadan ini dengan senyum yang sentiasa terukir di bibir..



Aku rindu padanya....terutama pada masakannya. Air tangan seorang ibu tiada tandingannya. Walaupun hanya sepiring sambal tumis ikan bilis dan semangkuk sayur air, keenakannya tidak dapat diatasi. Carilah di bazar, gerai, restoran mahupun buffet di hotel....pasti tidak akan sama.Bagi yang bekerja dan belajar berjauhan dengan dia..pasti terasa tidak lengkapnya hidup ini.Mungkin kekangan masa, tuntutan tugas dan tanggugjawab menuntut ilmu menyebabkan kita tidak berpeluang bersama dia.Namun sekiranya ada peluang...baliklah untuk bersama dia. Dia tidak mengharapkan hadiah mahal..hanya hadirnya anak disisinya.
Teman-teman & anak-anak,
Bagi yang masih berpeluang bersama-sama dengan dia, janganlah lepaskan peluang membuat hatinya gembira. Tiada hadiah yang lebih mahal yang mampu kita beri padanya....bukan banglo mewah, kereta jenama terkini, barang kemas tetapi hanya kejayaan kita dalam menimba ilmu dunia & akhirat. Dia akan tersenyum lebar apabila anaknya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apabila kita berjaya, dia juga rasa bejaya kerana telah mampu mendidik anaknya menjadi manusia yang berguna. Bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan, jangan lepaskan peluang untuk membuat dia gembira. Bagi teman-teman yang masih menuntut ilmu teruskan lah. Dia pasti akan tersenyum apabila kita membawanya bersama untuk segulung ijazah. Rindu pada kerabu jantung pisang masakan mak....

INGIN BERKONGSI BERSAMA
Adab-adab dengan ibu :-

Adab-adab seorang anak tehadap ibu ialah....
1. hendaklah ia mendengar dan mengikuti segala perkataan ibunya
2. hendaklah ia berdiri ketika ibunya berdiri kerana menghormatinya.
3. hendaklah ia menjunjung segala peritahnya
4. jangan ia berjalan dihadapannya
5. janganlah ia mengangkat suara lebih tinggi daripada suara keduanya.
6. hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya.
7. hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaannya
8. hendaklah ia bersikap tawadhuk kepadanya
9. jangan ia menyebut-nyebut jasanya kepada ibunya dan jangan pula ia menyebut sebarang perkhidmatannya baginya
10. janganlah ia melihat kepadanya dengan pandangan penghinaan.
11. janganlah ia memasamkan mukanya di hadapannya
12. janganlah ia musafir kecuali setelah mendapat izin daripadanya

JALAN MENUJU HIDAYAH.....IMAM GHAZALI..

Sayangi dia selagi ada.......pasti ada kenangan manis bersamanya...kongsilah dengan saya..

Imanmysara

Wednesday, August 11, 2010

JANGAN MALAS YE ANAK-ANAK...


APABILA MALAS MENGUASAI DIRI....HENDAKLAH KITA :
1.Mengambil wuduk bagi yang Islam dan membasuh muka bagi yang bukan Islam
2. Dengar alunan muzik yang merangsangkan minda dan bunyi-bunyian alam semulajadi.
3. Solat bagi yang beragama Islam dan sembahyang mengikut kepercayaan agama masing-masing.
4.Sentiasa duduk bersama-sama dengan orang yang berfikiran dan bertingkahlaku positif.
5.Mengubah kedudukan atau posisi badan. Baring teruslah duduk, sekiranya duduk teruslah berdiri.
6. Berpindah lokasi atau bilik/ruang/tempat. Malas semasa di katil, bangun dan duduk di kerusi.
7. Membuat rawatan aromaterapi sendiri. Nyalakan lilin wangi (awas & berhati-hati) atau gunakan semburan aromaterapi.
8. Menghirup udara segar diluar rumah sehingga kembali cergas.
9.Mengemas satu ruang atau beg/meja/laci sehingga tersusun rapi.
10.Berbual-bual dengan ibu atau ayah sebentar sehingga mood malas hilang.
11.
Minum secawan kopi atau segelas jus segar.
12. Ubah teknik belajar sekiranya malas . Malas membaca, mula mencatat nota pendek, malas mencatat ,buat peta minda yang berwarna warni.
13. Mengenalpasti punca utama yang menyebabkan malas.
Pesekitaran atau diri sendiri.



Imanmysara

Tuesday, August 10, 2010

RAMADAN~ BULAN KEBERKATAN

ramadan mubarak Pictures, Images and Photos



Ramadhan 1431 H Pictures, Images and Photos
Salam sayang teman....Selamat Menyambut Bulan Ramadan....bulan yang kita semua rindui....
Saya berdoa kehadrat Illahi agar kita semua dapat mengambil peluang sepenuhnya dalam bulan
ini untuk memperbanyakkan amal ibadat dan membaiki hati.
Sempena bulan barakah ini, ingin saya memohon maaf sekiranya saya pernah melukakan hati teman-teman sehingga menitis air mata, apabila ada yang mengguris hati saya dan saya sedih, saya lupa saya pernah menyebabkan orang lain rasa begitu, maaf juga saya tidak berfikir panjang dan menyampaikan cerita yang menyebabkan orang salah faham dan hubungan insan lain terganggu, maaf juga kalau saya pernah mementingkan diri sendiri tanpa memikir insan lain...Kita hanya manusia biasa...yg tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan. Maaf di atas kekhilafan diri ini...


  • UNTUK DIKONGSI BERSAMA
      Kelebihan Ramadan
    • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
      Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan



      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)


RAmadan Pictures, Images and Photos




Fadhilat Ramadhan





Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Salam Ramadan...
Imanmysara

Monday, August 9, 2010

PROGRAM KONFERENS IBU BAPA CALON UPSR 2010


Tujuan program ini diadakan adalah untuk
perbincangan antara Guru Besar, guru-guru dengan
 ibu bapa bagi mencari idea dan cara untuk
meningkatkan gred murid-murid berdasarkan keputusan
 peperiksaan UPPM.
Antara objektif program ini ialah:-
a) Sentiasa memberi bimbingan kepada murid-murid
supaya lebih bersemangat untuk belajar ke arah
kejayaan UPSR.
b)Melaksanakan strategi motivasi serampang dua mata
oleh ibubapa dan pihak sekolah.
Antara pengisian program ialah slot oleh Tn Guru Besar yang
menerangkan program-program dan aktiviti yang telah
dilaksanakan oleh pihak sekolah. Beliau juga membuat
analisa keputusan peperiksaan  UPPM.
Seterusnya ialah slot bagi guru-guru mata pelajaran membuat
 rumusan dan analisa bagi mata pelajaran masing-masing.
Slot Guru Bimbingan dan Kaunseling menyentuh tentang
permasalahan tingkah laku dan emosi dan cara-cara
menangani. Guru Data pula mengadakan slot
pendedahan penggunaan Zoom A.
Program ini banyak memberi manfaat kerana pihak sekolah
dan ibubapa dapat bersama-sama memikirkan cara
terbaik untuk persiapan menghadapi UPSR dan
 sekaligus meraih kejayaan yang cemerlang.Sesi
soal jawab dan cetusan idea juga diadakan
agar pihak sekolah mendapat maklum balas daripada
pihak ibubapa. Apapun tahniah kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga kejayaan cemerlang UPSR 2010 menjadi milik kita...
SIAPA ANAK KITA?
Anak yang sering dikritik
Hanya akan belajar menghina
Anak yang sering diherdik
Hanya akan belajar melawan
Anak yang sering diperkecilkan
Hanya menjadi seorang yang pemalu
Anak yang sering dicemburui
Hanya akan rasa bersalah
Anak yang hidup dalam suasana toleransi
Akan menjadi penyabar
Anak yang sering diberi dorongan
Akan menjadi bertambah yakin
Anak yang sentiasa dipuji
Akan belajar mensyukuri
Anak yang hidup dalam kegembiraan
Akan menjadi seorang yang adil
Anak yang hidup dalam keadaan selamat
Akan teguh pendirian
Anak yang dihormati
Akan belajar mencintai dirinya...
Imanmysara

Saturday, August 7, 2010

~MEOW...MEOW....~

Salam sayang semua....harap hari ini lebih baik dari semalam.....Hari ini saya nak post apa ye....dalam fikiran ada banyak perkara yang ingin dikongsi...

Ok....ceritanya begini....Mama....mama....boleh la...kasihan dia mama....Aku buat-buat tak dengar permintaan anak-anak yang ingin memelihara kucing.Bukan aku tak sayang pada binatang yang bernama kucing tetapi sudah dapat ku bayang apa tugas-tugas yang menanti.....sediakan makanan,bersihkan najis-najis....nak mandikan kalau bulunya kotor, nak cari orang tolong bagi makan kalau balik kampung. Hisssshhhh....banyak perkara kena buat tu... Sudah beratus kali aku dengar permintaan anak-anak....tak kira di mana.....direstoran, ditepi jalan, di sekolah....kalau nampak aje kucing jalanan....perkara yang pertama disebut ialah boleh la mama kita bawa balik kucing ni...Aku masih tetap dengan pendirian.Kepalaku geleng-geleng tanda tidak setuju. Sebenarnya, semasa kecil aku amat sayang binatang bernama kucing ini. Rekod terbanyak kucing yang pernah aku pelihara ialah 24 ekor.Berbagai-bagai nama, warna dan karektor kucing yang aku ada.Bermain bersama kucing membuat hati aku gembira sekali. Dapat mengusap bulunya yang lembut juga dapat membuat hati lega.
Bila sudah sayang.....perkara yang amat sedih ialah apabila kucing aku mati...kena langgar kereta, tersepit pintu, kena hempap dengan batu, lemas semasa orang sedang fogging, diserang penyakit dan banyak la penyebab kematian yang membuat aku menangis berhari-hari meratapi kematian kucing tersayang. Kucing yang paling aku ingat ialah hadiah daripada orang tersayang....hadiah yang tidak perlu dibungkus.......anak kucing itu hanya diletakkan dalam pocket jacket dan terus dihulurkan kepadaku...(mestila dia kutip kat tepi jalan).Kucing comel diberi nama Baby.....sangat comel dan pandai. Dia amat faham apa yang aku katakan padanya...dia akan tunggu di pintu semasa aku pulang dari kerja...dia juga tahu tempat tidurnya ialah dihujung kakiku. Bila aku bertanya soalan...dia akan pandang seolah-olah faham apa yang aku katakan. Baby hilang begitu aje setelah dia melahirkan anak.....aku sibuk dengan anak-anak kucing baru....lalu aku terlupa padanya. Merajuk barangkali.....bila tiada lagi rutin aku bersamanya...dia tidak pulang...Suatu petang aku tunggu dia pulang...tetapi sampai malam tiada bayang Baby...Sejak dari hari itu aku tidak lagi bertemu dengan Baby....



SEKADAR GURAUAN.....


Funny Cats Pictures, Images and Photos


INGIN SAYA KONGSI BERSAMA
Teman-teman dan anak-anak...memelihara binatang sebenarnya banyak mendidik kita agar menjadi manusia yang lebih baik dan lebih penyayang.
1. Sewaktu anak-anak masih kecil, ibu dan ayah akan membelikan patung-patung binatang sebagai contohnya teddy bear dan anak-anak akan memeluk binatang mainan ini dan menjadikannya teman tidur.Saya percaya ada anak-anak gadis yang masih memeluk teman tidur comel ini.
2 Seterusnya bagi menenangkan hati agar tidak selalu gusar, ibu dan ayah bolehlah memilih haiwan peliharaan yang tidak merbahaya seperti arnab, ikan, burung, hamster, kucing dan kura-kura.
3. Setelah mencapai usia 5-6 tahun, anak-anak akan mula menyayangi, memeluk, gembira bersama dengan binatang peliharaan. Dia sudah mula sedih apabila haiwan kesayangan mati.
4. Jangan lupa membantu ibu & ayah menguruskan haiwan seperti memberi makan, membersihkan kandang dan memandikannya. Itu menjadikan kita lebih bertanggungjawab.
5. Ibu dan ayah pula bolehlah membeli bahan-bahan bacaan cara-cara memelihara binatang, mencari bahan bacaan melalui internet dan mengajak anak-anak ke pet shop semasa membeli makanan dan tidak lupa juga ikut sama ke klinik haiwan.
Selain manfaat dari sudut psikologi pula, anak-anak dapat belajar tentang erti sebuah kehidupan daripada seekor binatang.'
Dengan memelihara binatang, diharap kita dapat-''
1. Mengajar anak-anak memberi kasih sayang kepada makhluk lain.'
2. Binatang juga berfungsi sebagai sumber ilmu pengetahuan bagi anak-anak.'
3.Binatang menjadi contoh yang baik bagi anak-anak. Contohnya apabila kucing menjilat bulu sesama sendiri....ini sudah cukup memberi pengajaran nilai kasih sayang antara satu sama lain.Banyak buku di pasaran yang menjadikan binatang sebagai contoh yang baik dan memberi nilai yang murni buat anak-anak.'

Jom kongsi cerita tentang haiwan kesayangan.....(shout box @comment)
Imanmysara

SEMANGAT BEGINI PERLU ADA




I believe in you, little buddy! Pictures, Images and Photos

Thursday, August 5, 2010

WARNA.....OH...WARNA...2

Salam sayang semua.. Salam pagi Jumaat...terutama teman-teman yg berskala hijau & tak lupa buat Ana B....terimakasih kerana masih sudi bersama saya..


Untuk dikongsi bersama....
KUNING + BIRU = HIJAU

Bukti yang menunjukkan keadilan ALLAH yang menjadikan alam ini dengan penuh keadilan. Tumbuh-tumbuhan dicipta dengan warna kehijau-hijauan. Tumbuh-tumbuhan pula memerlukan cahaya (KUNING) dan air (BIRU) untuk hidup.....

Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air dan tumbuhan-tumbuhan hijau" merupakan benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam Surah Al-Insan di dalam Al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah memakai sutera hijau yang bagus sekali.

Perasaan iri hati pula teman-teman sering dikaitkan secara tradisi dengan warna hijau.

LAGI INFO YANG INGIN DIKONGSI BERSAMA:-

  • Kajian telah mendapati bahawa warna hijau dapat meningkatkan kebolehan membaca.Pelajar hanya perlu meletakkan sehelai kertas surih berwarna hijau di atas bahan bacaan dan didapati ia boleh meningkatkan kelajuan membaca.

  • Pada abad ke 15, warna hijau dikaitkan dengan kesuburan dan ia adalah warna kegemaran bagi pakaian pengantin pada masa itu.

  • Warna hijau juga digunakan dalam dekorasi rumah untuk mencipta mood tenang. Sebagai contohnya bilik menunggu banyak menggunakan rona hijau dalam hiasannya untuk memastikan tetamu lebih relaks.

  • Hijau telah dikenalpasti sebagai warna yang dapat mengurangkan tekanan /stress dan juga warna yang dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan.Bagi yang bekerja dalam persekitaran hijau, didapati kurang mengalami masalah sakit perut.
Atas permintaan kalian ini adalah personaliti skala HIJAU.....

1. Akan sentiasa berdasarkan teori.
2. Selalu ingin tahu
3. Agak kompleks
4. Suka pada falsafah
5. Orang yang panjang akal
6. Selalu tenang
7. Sabar
8. Berpengetahuan luas

Sampai jumpa lagi.
Imanmysara


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails