Pages

Wednesday, June 30, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY

Mothers Day Pictures, Images and Photos

Selamat Hari Ibu ...Happy Mother's Day utk semua yang bergelar ibu...sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Semoga ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang ibu.
Di SKSS , murid-murid sentiasa diingatkan agar membuat ibu mereka gembira pada Hari Ibu. Tak kisahlah... nak buat apa & bagaimana ...asalkan ibu mereka gembira. Suara-suara kecil mengatakan bahawa mereka nak membelikan ibu mereka hadiah...nak ajak makan luar...nak masakkan makanan special untuk emak dan sebagainya. Kaum bapa pula berusaha keras membantu anak-anak kecil semasa menyambut Hari Ibu. Tahniah & terima kasih buat mereka yang prihatin.

Tetapi sebagai seorg guru kaunseling, saya tidak terlepas daripada rasa empati kepada anak murid yang sudah kehilangan ibu. Dalam usia muda, mereka sudah tidak dapat menikmati belaian tangan seorang ibu. Ada yang ibunya telah meninggal dunia kerana sakit, ada yang ibunya sudah berpisah dgn bapa, ada yang ibunya tidak dapat dikesan.
Cikgu...emak saya tak ada...mcm mana sya nak sambut Hari Ibu..? Kelu lidah sya....apa yg mampu saya buat ialah hanya mengusap kepala anak-anak murid sya ini dan kata...Tak pe....buat masa sekarang.. siapa yang kamu sayang dan dia juga menyayangi kamu...itu la ibu.. Airmata saya pasti akan tergenang juga bila melihat wajah sedih anak-anak ini.
Pada Hari Ibu ini.... sya yang masih mempunyai ibu tidak akan melepaskan peluang untuk membuat dia gembira kerana kita tidak tahu masih ada peluangkah lagi nanti....

CIRI-CIRI IBU SEJATI ~ KITA KONGSI BERSAMA

Sifat utama yang dibekalkan oleh Allah kepada mana-mana ibu adalah sifat kasih sayang yang tinggi. Dengan kasih sayang inilah seorang ibu itu benar-benar dapat menjadi ibu. Dari sifat kasih sayang ini bercambah sifat-sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati pada dirinya.
1. Kasih sayangnya menyerlah


Ibu yang sejati akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi juga didikan (educate). Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya.


Justeru anak itu dididik dan dibentuk peribadinya supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat.


2. Prihatin dan ambil berat

Kadang-kadang anak sudah besar panjang pun, ibu masih prihatin, ambil berat dan ambil tahu tentang diri anaknya.


3. Halus perasaan
Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya, dia sudah arif benar ‘bahasa badan’ anaknya.


4. Suka beri nasihat

Sifat seorang ibu sejati, dia suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujuk anak-anaknya.


Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan untuk melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya.


5. Sangat sabar dan berlapang dada


Dari wajahnya sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan.


6. Lembut tapi tegas

Wataknya ‘adjustable’. Di mana perlu berlembut, dia akan berlembut. Di mana perlu tegas dan tidak boleh beri muka, dia akan tunjukkan ketegasan. Namun waktu tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila melibatkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.


7. Suka meraikan


Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan dan melayan keinginan anaknya. Bila anak balik bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak.


Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi keperluannya. Hingga kerap kali dia mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari keperluan dan keinginannya sendiri. Malah ke tahap dia mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.


8. Tidak pilih kasih
Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain terhadap anak-anak sendiri, sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya terhadap anak orang lain.
Dengan kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru, atau membentuk ‘anak-anak’ di pejabat jika dia seorang ketua pejabat.


Sekian...wassalam..
Iman Mysara

a mothers love Pictures, Images and Photos




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails